in

Nak Vibe Bazar Raya Tanpa Berpanas & Sesak? Jom Ke Sunway Pyramid!

Collage 12

Apabila tiba musim raya, bazar memang jadi antara tempat wajib untuk lengkapkan persiapan. Tapi realitinya, kebanyakan bazar datang dengan panas terik dan ruang yang sesak sampai susah nak berjalan dengan selesa, lebih-lebih lagi kalau pergi bersama keluarga.

Kalau korang boleh relate dengan situasi ni, mungkin tahun ni boleh cuba pengalaman yang berbeza.

Sempena Aidilfitri, Sunway Pyramid membawakan bazar bertemakan Seindah Corak Aidilfitri.

642466847 1340389724783760 2367159078958841599 N

Sebaik sahaja melangkah masuk ke LG2 Blue Concourse, suasana Raya terus terasa dengan dekorasi yang diinspirasikan daripada songket, batik, tenun dan tekat. Laluan corak yang mengalir melambangkan perjalanan pulang dan momen pertemuan semula, menjadikan keseluruhan ruang bukan sekadar cantik untuk bergambar tapi terus buat mood raya ONZ.

2

Alang-alang dah sampai ke Sunway Pyramid, jom siapkan semua persiapan Raya sekali.

1. Lengkapkan outfit raya di Raya Market

12

Mulakan perjalanan korang di Raya Market by Sukaseni yang berlangsung di LG1 Foyer, Oasis dari 1 hingga 29 Mac. Dengan konsep yang telah disusun dengan baik, korang boleh berjalan dengan selesa tanpa perlu berhimpit.

Dekat sini, ada pelbagai pilihan barangan raya yang sesuai untuk korang yang masih mencari pakaian, aksesori dan macam-macam lagi.

Kelebihan berada di Sunway Pyramid, korang boleh dapatkan persiapan raya yang lebih lengkap dengan pergi ke tenant tetap mall. Untuk busana raya yang klasik dan sopan, Siti Khadijah merupakan pilihan yang selamat atau pilih gaya minimalis dengan Rimba.

Raya Market By Sukaseni 2

Lepas pilih baju, boleh juga berkunjung ke Charles & Keith, Christy Ng, Bonia dan Sam Edelman untuk dapatkan kasut dan beg untuk lengkapkan gaya korang. Dari hujung rambut sampai ke hujung kaki korang boleh cari di sini tanpa perlu ke tempat lain.

2. Upgrade diri dan rumah untuk raya

22

Persiapan raya bukan sekadar pakaian, penampilan diri dan suasana rumah pun memainkan peranan yang penting.

24

Tingkatkan keyakinan diri dengan membeli-belah di Sephora untuk cari alat solek atau wangian yang sesuai untuk pagi raya. Terdapat juga pilihan penjagaan diri lain yang korang boleh dapatkan di Bath & Body Works, The Body Shop, Fresh dan SASA.

26

Lepas dah selesai cari barang untuk diri sendiri, jangan lupa untuk singgah ke Objet untuk cari set pinggan makan baru, balang kuih raya atau hiasan rumah. Perubahan kecil macam ni boleh buatkan ruang tamu dan meja makan nampak lebih berseri bila sambut tetamu raya nanti.

3. Rehat & berbuka puasa dengan pilihan makanan yang lengkap

Cili Kampung 3

Selepas puas berjalan, korang boleh berehat dan berbuka puasa dengan pelbagai pilihan makanan yang ada di Sunway Pyramid.

Cili Kampung

Kalau teringin lauk kampung, Cili Kampung antara pilihan yang sesuai untuk suasana lebih tradisional. Tapi kalau korang teringin nak makan makanan autentik Bali dengan suasana yang lebih moden, boleh pilih Seminyak. Selain itu terdapat juga jenama popular seperti Nando’s, Johnny’s Restaurant, Thai Thai, Bebek Goreng Pak Ndut dan The Chicken Rice Shop.

4. Singgah Concourse & alami aktiviti bertemakan tradisi

3 1

Selepas dah menjamu selera dan kembali bertenaga, korang jangan lupa untuk singgah kembali ke LG2 Blue Concourse untuk menikmati konsep Seindah Corak Aidilfitri sepenuhnya. Selain dekorasi yang diinspirasikan daripada warisan tekstil Melayu, terdapat beberapa aktiviti yang korang boleh sertai, antaranya:

  • Photobooth Raya – Ambil gambar dengan latar dekorasi bertemakan corak tradisi yang penuh warna dan jadikan ia kenangan sebelum Syawal tiba.

7

  • Kad Raya – Serlahkan kreativiti dengan menghasilkan kad raya secara terus untuk diberikan kepada keluarga atau rakan-rakan.

6

  • Permainan Tradisional – Cuba permainan seperti congkak dan batu seremban yang mengimbau suasana raya zaman dahulu.

4 1

  • Pameran Berkaitan Batik – Lihat dengan lebih dekat elemen batik dan seni tekstil yang menjadi inspirasi utama kempen tahun ini.

8

  • Persembahan Tradisional Terpilih – Pada tarikh tertentu, korang juga boleh menikmati persembahan daripada Kumpulan Irama Melayu Ghazal Asli, Soloist Grand Angklung dan Traditional Gamelan Melayu Nusantara yang menambahkan lagi kemeriahan suasana.

Dengan adanya aktiviti dan persembahan ini, lawatan ke bazar bukan sekadar tentang membeli-belah, tetapi turut menjadi satu pengalaman yang lebih menyeluruh dan bermakna.

Lengkapkan stamp journey & tebus sampul batik buatan tangan

5

Untuk melengkapkan pengalaman, korang boleh sertai Stamp Journey yang disediakan. Kumpul cop di lokasi yang ditetapkan dan korang berpeluang untuk tebus sampul raya batik yang dibuat khas oleh SURI.

Suri Sampul Raya Customer Journey

Sampul ni bukan sekadar edisi khas tau, ia juga merupakan kolaborasi bersama komuniti ibu-ibu yang memerlukan sokongan dan secara tak langsung, setiap penebusan yang korang buat turut membawa nilai sosial yang selari dengan semangat berkongsi di Aidilfitri.

Tak cukup dengan itu, kalau korang berbelanja mengikut jumlah tertentu dalam sehari, korang juga boleh menebus sampul raya edisi khas Seindah Corak Aidilfitri beserta enamel pin blind pack Leo & Leona eksklusif di Sunway Pyramid.

Redemption Items

Secara keseluruhannya, Sunway Pyramid menawarkan pengalaman bazar yang lebih selesa tanpa mengorbankan kemeriahan Raya. Dari Raya Market by Sukaseni, pilihan jenama seperti Siti Khadijah dan Sephora sehinggalah aktiviti menarik di concourse, semuanya digabungkan dalam satu destinasi yang memudahkan korang untuk lengkapkan persiapan Aidilfitri dengan lebih teratur dan tenang.