in

“Nak teman sahur katanya” – Suami & Isteri Orang Dicekup Bagi Alasan Ada Masalah Dengan Pasangan Sekarang

Cekup

Lepas gagal nak lari dari bumbung bilik air sebab kantoi berkhalwat, boleh pula bagi alasan tak logik dengan alasan nak teman bersahur katanya ketika ditahan anggota Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP).

Menerusi Harian Metro, pasangan bukan muhrim yang merupakan suami orang dan isteri orang itu dicekup pada pukul 12.45 malam tadi.

 

Dah berapa hari duduk sebumbung

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-undang dan Syariah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pemeriksaan diketuai Mohamad Ihsanuddin Mohd Azahar selepas menerima aduan awam berhubung kes khalwat di kawasan itu.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati wanita itu tinggal di rumah berkenaan bersama anak perempuannya berusia 13 tahun.

“Ketika serbuan dilakukan, anggota kami mendapati lelaki berkenaan masuk melalui bilik air rumah itu untuk melarikan diri menerusi bumbung rumah berkenaan tetapi gagal apabila rumah itu dikepung anggota PADKP.”

Berikutan itu, dia ditahan dan hasil soal siasat mendapati lelaki itu sudah beberapa hari menumpang di rumah wanita itu, malah memberi alasan untuk bersahur bersama.

Tambah Radzi lagi, wanita yang merupakan isteri orang itu katanya dalam proses bercerai dengan suaminya yang sekarang. Malah alasan lain yang dikemukakan kenapa duduk sebumbung adalah sebab masalah dengan pasangan masing-masing.

“Mereka ditahan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.”

 

Baca : “Sedap sangat ka air ketum tu?” -12 Individu Leka Minum Air Ketum Masa PKP Dicekup Polis

Ketum 1