in

“Nak solat juga? Sila resign” – Kedai Sukan Ugut Pekerja Muslim Yang Ingin Solat Waktu Kerja

Jd Sports

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada zaman kini, menjadi cabaran yang besar bagi seseorang beragama Islam mencari pekerjaan yang sesuai dengan tuntutan agama ini. Kalau dulu kecoh tentang isu larangan bagi pekerja hotel mengenakan tudung, sekarang timbul pula isu pekerja Muslim dilarang mengerjakan solat. Eh biar betul ni?? 

Menurut sebuah tweet yang dimuat naik pengguna Twitter bernama The Amran Fanz, pihak pengurusan bagi sebuah kedai jenama sukan terkemuka negara telah memberi amaran keras kepada pekerjanya yang melarang mereka daripada mengerjakan solat.


4
sumber: twitter

Menerusi mesej WhatsApp yang tersebar itu, pihak pengurusan menulis,

Perhatian kepada semua staf baru! Di ** tiada solat atau sembahyang! Kalau tak boleh terima hal ini, tolong hantar perletakan jawatan anda!” 

3 3
sumber: twitter

Kebanyakan netizen yang membaca mesej daripada pihak pengurusan itu menganggap kata-kata majikan kedai jenama sukan berkenaan seakan-akan berbaur ugutan dengan melarang pekerjanya daripada mengerjakan solat.

Whatsapp Image 2018 01 16 At 6.35.11 Pm
sumber: twitter

 

Whatsapp Image 2018 01 16 At 6.35.09 Pm
sumber: twitter

Namun begitu, timbul pula tweet daripada seorang pengguna Twitter yang pernah bekerja di syarikat jenama sukan tersebut yang menyangkal dakwaan ugutan itu. Katanya, hal tersebut tidak benar dan tidak semua outlet jenama sukan terbabit mengamalkan peraturan seperti itu.

1 1
sumber: twitter

Malah menurutnya, peraturan seperti ini mungkin terjadi kerana ada di antara pekerja yang tidak jujur dan menggunakan alasan solat untuk melakukan hal lain seperti melepak dan merokok hingga mengambil masa lebih daripada 15 minit. Haish! Buat malu jelah perangai pekerja macam ni! 

Whatsapp Image 2018 01 16 At 6.35.08 Pm1
sumber: twitter

Pendedahan ini telah menarik perhatian beberapa netizen yang juga menamakan beberapa kedai lain lagi yang menggunakan peraturan sama berkaitan solat.

2
sumber: twitter

Walau bagaimanapun, ada benar juga kata bekas pekerja di kedai jenama sukan itu. Pekerja haruslah bijak merancang masa dan tidak mengambil waktu yang terluang untuk melakukan pekerjaan yang sia-sia seperti berborak dan menghisap rokok sehingga mengambil masa berjam-jam lamanya.

Apabila pekerja jujur dalam melakukan kerjanya, barulah majikan boleh letak kepercayaan dan tidak ragu-ragu dengan mutu pekerjaan kita, kan?

Apa-apapun eloklah kita jangan berspekulasi dan berharap majikan di mana-mana tempat kerja memahami kepentingan solat kepada pekerja Muslim. 

Baca: Netizen Mengamuk Hotel Suruh Wanita Buka Tudung Ketika Bekerja di Kaunter Hadapan

Tudung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.