in

“Nak rasa buah paling busuk di dunia” – Mat Saleh Menangis Lepas Cuba Makan Durian Sebab…

Mat Saleh Durian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Durian adalah salah satu buah kegemaran orang Asia. Sebab itulah orang Barat selalu buat video cuba makan durian bila mereka melancong ke Asia.


Seorang mat saleh tidak melepaskan peluang itu dan muat naik video di Facebook menunjukkan dia mencuba buah durian. Simon Wilson telah mencuba buah durian ketika berada di Singapura baru-baru ini.

Tapi disebabkan bau durian yang terlalu kuat, Simon sampaikan tak dapat tahan dan mengalirkan air mata. Katanya,

Mencuba buah paling busuk di dunia. Adakah anda mahu cuba?”

Sebelum mencuba,Simon sempat bertanyakan serba sedikit tentang buah durian kepada pemandu teksi. Meskipun dah diberitahu yang dia mungkin tidak akan suka, Simon tetap mahu mencuba sendiri rasa durian.

Giphy

Rakan-rakan yang berada dengannya ketika dia mencuba durian itu mentertawakannya kerana mengalirkan air mata gara-gara tidak tahan dengan bau buah tersebut.

Simon juga hampir nak termuntah dan terpaksa minum air kelapa untuk cuba hilangkan rasa mual selepas memakan buah durian.

Tonton video di bawah:

Tasting the World's Smelliest Fruit ?

Tasting the World's Smelliest Fruit ?Would you give this a try? ?

Posted by Simon Wilson on Wednesday, October 30, 2019

Tiba-tiba terbayang sambal tempoyak…

Baca: “Bodohnya buat macam ni” – Masuk Challenge Makan Megi Pedas Campur Durian, Teruk Sampai Kena Panggil Ambulan

Ara Megi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.