in

“Nak pastikan positif covid ni bukan 5-10 minit” – Petugas Kesihatan Share Step By Step Apa Je Doktor Akan Buat Kalau Ada Simptom Covid-19

Combine Sampel 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang kalau ada simptom-simptom wabak Covid-19 ni better pergi check dekat klinik kesihatan atau hospital berdekatan. Tapi, kalau nak pergi tu pun jangan bawa semua ahli keluarga sebab dekat sana banyak penyakit yang boleh berjangkit untuk semua orang.


Bukan tu je, kalau nak check sama ada korang positif atau tak kena amik masa sikit, bukannya siap dalam masa 5-10 minit. Banyak tau prosedur yang doktor kena ambil.

Seorang petugas kesihatan ada share dekat Facebook melalui akaun Nur Izyan Hanisah apa yang doktor akan buat untuk detect sama ada pesakit positif Covid-19 atau tak. Bukan senang-senang tau.

Ki

Pertama, doktor akan tanya beberapa soalan dahulu :

  1. Ada simptom-simptom tak contohnya demam/batuk/sakit tekak/susah nafas?
  2. Ada baru balik dari luar negara?
  3. Ada jumpa atau tinggal mana-mana individu yang sakit atau disyaki covid?

Kalau ada no.1 atau salah satu daripada no.2 atau no.3 doktor akan masukkan ke dalam wad dan ambil sampel

Kalau ada 2 atau 3 je doktor akan aturkan untuk ambil sampel di hospital tertentu tapi pesakit perlu dikuarantinkan.

Tapi, kalau ketiga-tiga tu takda tak perlu risau dan jangan datang ke klinik risau korang akan berjangkit dengan penyakit lain pula.

C

Kedua, sampel yang dah diambil ambil masa 2-3 hari untuk tahu keputusan

Selagi keputusan tak keluar individu yang ada simptom kena tahan di wad manakala yang takde simptom kena kuarantin kat rumah

Ketiga, sampel kena ambil 2 kali

Kalau kedua-dua keputusan negatif barulah korang dikira negatif covid. Bukan senang-senang cakap dekat doktor minta check on the spot sama ada korang positif covid atau tak.

Korang jangan salah bagi maklumat atau cakap serkap jarang contoh korang cakap ada kenalan atau jiran korang yang baru balik dari Itali dan korang rasa dia ada covid. Kalau dah macam tu doktor kena cepat-cepat asingkan korang daripada orang lain dan pakai ‘baju angkasawan’ lepas tu klinik akan ditutup sementara untuk tujuan pembersihan.

Haa, jangan sembarangan cakap. Kan dah jadi satu hal lagi untuk buat kerja pembersihan. 

So, better ambil langkah-langkah penjagaan kesihatan dengan lebih teliti supaya kita semua tak dijangkiti daripada apa-apa penyakit

Baca : “Badan macam terbakar, tekak macam telan kaca” – Pesakit Covid-19 Cerita ‘Seksa’ Kena Jangkitan

M

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.