in

Nak Lari Dari Dicekup, Remaja Curi Kereta Kantoi Menyorok Dalam ‘Teddy Bear’

Collage 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila seseorang tu tengah terdesak, macam-macam idea mesti muncul dalam kepala untuk lepaskan diri kan?


Macam kes yang berlaku di UK ni bila seorang remaja pencuri kereta sanggup menyorok dalam teddy bear besar ketika cuba melarikan diri dari pihak polis.

Menurut Daily Mail, remaja berusia 18 tahun, Joshua Dobson ini telah cuba melarikan diri dari Polis Greater Manchester selepas mencuri sebuah kereta dan gagal membayar duit isi minyak pada bulan Mei lepas.

Ketika pihak polis memburu remaja bertubuh badan kecil ini, mereka telah masuk ke dalam satu rumah dan terkejut apabila melihat teddy bear berukuran lima kaki dilihat bernafas sebelum menyedari Joshua telah menyorok dalam patung yang telah dikoyak di bahagian punggung itu.

Joshua telah pun ditangkap dan dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan atas kesalahan mencuri kenderaan bermotor, memandu tanpa lesen dan isi minyak kereta tanpa membuat pembayaran.

Pihak polis di sana juga turut memuat naik kes ini di Facebook dengan post seakan mengejek tindakan Joshua yang cuba bersembunyi di dalam patung beruang itu namun gagal.

Ketika kami cuba menahannya, pegawai kami perasan satu patung beruang bernafas sebelum menemui Joshua bersembunyi di dalamnya.

“Dia kini telah “disumbat” di belakang pagar besi selepas dijatuhkan hukuman minggu lepas.”

#JAILED | A wanted car thief who tried using a teddy bear to hide from our neighbourhood cops out looking for him last…

Posted by GMP Rochdale on Wednesday, August 10, 2022

Rata-rata netizen yang membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis ini turut terhibur dan seakan tak percaya dengan posting yang dikeluarkan.

Screenshot 2022 08 11 At 1.52.30 Pm Down

Hahahaha sempat pulak polis kat sana buat lawak ya… Beartabah je lah dalam penjara tu ya. 

 

Baca: [VIDEO] Kad ATM Tercicir, ‘Pencuri’ Beli ‘Skincare’ Sampai Licin Duit Dalam Akaun

Collage 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.