Isu kebenaran untuk pengusaha kedai gunting rambut membuka operasi ketika masuk fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan kini menjadi bualan hangat orang ramai di setiap platform.
Namun, rata-ratanya dilihat tidak bersetuju jika kelonggaran itu diberikan kerana dikhuatiri akan menjadi punca penularan COVID-10 lebih serius sehingga menimbulkan kluster jangkitan terbaru.
Bukan saja Kementerian Kesihatan Malaysia, malah cadangan itu juga turut dibantah oleh pengusaha dan persatuan pendandan rambut sendiri.
Seorang ADUN tampil memuatnaik kenyataan di dalam laman Twitternya untuk menerangkan mengapa perkhidmatan gunting rambut dibenarkan beroperasi.
Namun satu daripada kenyataannya menimbulkan persoalan…
Dan ia sudah pasti mengundang kecaman dari netizen, yang tidak berpuas hati dan meminta pihak atasan dan wakil rakyat meminta pandangan KKM terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan yang mengelirukan orang ramai.
Malah netizen sendiri turut melakukan penelitian lanjut, dan mendapati bahawa konteks yang disampaikan journal itu tidak sama dengan apa yang dimaksudkan oleh ADUN itu sendiri.
Apa pun, bagus juga bila kita perhatikan dari reaksi netizen yang kebanyakannya tidak bersetuju jika operasi ini dibuka kepada orang ramai — bukti bahawa kesedaran mengenai pentingnya matlamat untuk Perintah Kawalan Pergerakan ini dicapai, difahami oleh mereka.
Teruskan berjuang rakyat Malaysia, kalau setakat nak gunting rambut — buat sendiri pun boleh kan?