in

Nak Guna Air Fryer, Tapi Tak Pasti Suhu Apa Yang Sesuai? Jom Rujuk Jadual Ni!

Air Fryer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Air fryer atau penggoreng kering merupakan salah satu barang dapur yang semakin popular. Kini, hampir setiap rumah mempunyai air fryer. Malah, ada banyak resepi air fryer yang boleh anda temui atas talian. Nak masak ayam boleh, ikan boleh, muffin pun boleh tau!


Penggunaan air fryer bukan sahaja membuatkan proses memasak menjadi semakin singkat, kaum Hawa juga boleh buat pelbagai lagi kerja rumah lain sementara menunggu makanan masak.

Pendek kata, masukkan sahaja ayam, ikan atau nugget ke dalam air fryer dan tunggu, kemudian siap dan sudah boleh dimakan. Mudah bukan!

Lagipun, harga air fryer juga sudah semakin murah sekarang! Tetapi, bagaimana pula dengan mereka yang baru hendak berjinak-jinak menggunakan air fryer ni? Tak pandai pula nak pusingkan tombol-tombol ni kan?

Jangan risau, warganet ada jawapannya untuk anda!

Jom masak menggunakan air fryer!

Jika anda baru sahaja ingin menggunakan air fryer, bolehlah rujuk jadual di bawah ini.

Resepi Air Fryer

Kadang masak guna air fryer ni boleh jadi masalah jugak kalau kita tak tau nak set suhu & timer ikut jenis masakan.

10x kena ulang bukak nak tengok dah masak ke belum.

Hakak godeh- godeh fon tadi terjumpa panduan setting timer & temp air fryer. Bagus boleh jadi panduan tak kira apa jenama air fryer.

Rasanya dah bertaun hakak save tapi tak pernah guna. Sama kes dengan resepi, siap buat folder bagai tapi ntah bila lah nak dibuatnya.

Alaa..mesti hampa pon sama kan..haha

So, meh la kita pakat simpan menyimpan supaya berguna dikemudian hari.

Haa, mudah bukan!

Tip penggunaan air fryer untuk pemula

Air Fryer

  1. Sebenarnya, anda tidak perlu ‘defrost’ makanan sebelum menggunakan air fryer! Selalunya, ada mod ‘defrost’ yang boleh anda gunakan sebelum masak.
  2. Jika tidak ada mod ‘defrost’, boleh tambah 10-15 minit dari waktu asal.
  3. Perap bahan masakan sebelum dibekukan untuk singkatkan masa memasak
  4. Tip ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin menyediakan makanan dengan pantas dan ringkas!

Kredit: Shakina Ismail

Baca: [VIDEO] Netizen Kagum Tengok Adik Usia 6 Tahun Ni Pandai Masak Kuetiau Sendiri

Ft 6 Tahun Masak

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.