in

[VIDEO] Netizen Kagum Tengok Adik Usia 6 Tahun Ni Pandai Masak Kuetiau Sendiri

Ft 6 Tahun Masak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini telah tular sebuah video di Twitter yang memaparkan aksi seorang kanak-kanak lelaki yang sedang memasak di dalam dapur di rumahnya telah meraih perhatian warganet.


Budak 6 tahun payung skil memasak

Pada masa artikel ini ditulis video di Twitter itu telah meraih lebih daripada 500K jumlah tontonan dan meraih 8,000 tanda suka dalam masa dua hari.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai berusia 6 tahun sedang memotong sayur dengan menggunakan pisau di bawah pemerhatian bapanya.

Kemudian dia dilihat memasukkan beberapa ramuan yang telah disiapkan ke dalam kuali tersebut sebelum memasukkan kuetiau.

Difahamkan, hidangan yang dimasak oleh kanak-kanak tersebut adalah kuetiau goreng yang diminta oleh bapanya dan apa yang membuatkan warganet teruja adalah ketangkasannya mengendali perkakasan di dapur dengan tenang sekali.

A2D0

Ternyata skil yang dimilik kanak-kanak tersebut telah membuat ramai warganet kagum dan ada juga yang rasa tercabar dengan kehandalan yang ditunjukkan olehnya.

“Dulu I 6 tahun masak juga, tapi semua pakai tanah liat..” – Netizen

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa kagum melihat kanak-kanak tersebut yang boleh memasak tanpa bantuan orang lain pada usia yang muda dan ramai juga warganet yang berkongsikan kisah mereka semasa mereka berumur 6 tahun.

Screenshot 2023 01 31 170927

Fuhh power la adik ni korang masa 6 tahun dulu dah reti masak ke?

Baca : Melecur Akibat Gas Meletup Masa Makan Hotpot, Mangsa Tak Puas Hati Hanya Terima RM4,000 Sebagai Pampasan

Ft Steamboat Hotpot Meletup 608X320 1

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.