in

Goreng Pakai Air Fryer Ada Potensi Kena Kanser? Ikuti Penjelasan Ini

Airfryercancer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Air Fryer boleh dikatakan satu trend yang wajib untuk kita milikinya di dapur, ini kerana ia adalah satu perkakas penting untuk kita menjaga kesihatan memandangkan alat memasak ini menggoreng tanpa menggunakan minyak.


Tapi, biarpun baki penggunaan kalori itu tak banyak, ada yang beranggapan rmenggunakan Air Fryer ini ada potensi boleh menghidap kanser, betul ke? Untuk mengetahui kesahihannya, baca penjelasan ini

 

Air Fryer bagus? Ada kesan sampingan

Ada yang pernah bertanya adakah penggunaan air fryer bagus?

Apa itu air fryer? Ia adalah alatan di dapur yang menggunakan suhu tinggi dan kitaran udara panas yang digunakan untuk memasak makanan, tanpa sebarang minyak atau agen lain. Ramai yang terpengaruh untuk membeli, soalnya, adakah ia benar-benar bagus?

Jika kita lihat penggunaan airfryer sebenarnya boleh mengurangkan penggunaan minyak ketika menggoreng, boleh kurangkan kalori dalam makanan, namun, ada juga kesan sampingan akibat penggunaan suhu tinggi ini.”

Siapa sahaja yang tak terpana apabila ada peralatan yang boleh membantu golongan yang mengamalkan diet seimbang untuk memakan makanan goreng yang berkalori rendah.

Misalnya ayam, hanya perlu salutkan dengan tepung dan goreng, namun ia sebenarnya benar-benar bagus? Untuk pengetahuan ada kesan sampingannya.

 

Terhasilnya satu bahan yang dikenali sebagai acrylamide…Kompaun yang mungkin meningkatkan risiko kanser jika

“Penggunaan suhu tinggi untuk memasak makanan yang tinggi kanji seperti ayam goreng celup tepung dan ubi kentang goreng, ubi goreng dan sebagainya mampu menyebabkan terhasilnya satu bahan yang dikenali sebagai acrylamide.

Akrilamida ini dikelaskan sebagai kompaun yang mungkin meningkatkan risiko kanser. Dalam kajian literatur yang dilakukan, kebanyakan kesan toksik direkodkan adalah dalam kajian menggunakan haiwan. Namun, tidak dinafikan akrilamida ini mempunyai kesan sampingan dan menjadi tanggungjawab kita untuk cuba mengurangkan akrilamida dalam makanan.”

Makanan-makanan yang mempunyai kanji seperti tepung, kentang goreng, ubi goreng mampu menghasilkan Akrilamida yang mungkin meningkatkan risiko kanser jika menggunakan suhu tinggi.

Jika diamati betul-betul Air Fryer memerlukan penggunaan suhu yang tinggi untuk menggoreng bagi memastikan makanan itu dimasak sepenuhnya.

 

Cara yang lebih baik adalah mengukus!

“Ingat, makanan tinggi kanji, suhu tinggi, tak kira digoreng atau tidak, ia akan menyebabkan terhasilnya akrilamida. jadi, penggunaan airfryer masih agak tidak signifikan jika tujuannya untuk mengurangkan kesan toksik, jika ia untuk mengurangkan penggunaan minyak, maka gunalah.

Keropok lekor juga ada akrilamida ya! tambah yang guna banyak tepung ubi dan kurang ikan dalam keropok berkenaan!

Jadi bukan kewajipan setiap dapur untuk ada airfryer, mahu cara masakan lebih sihat? cuba kukus atau sup bening (masakan orang jawa), ini memang tanpa minyak terus.”

Bukanlah nak katakan bahawa penggunaan Air Fryer ini tak digalakkan, menggoreng guna minyak pun sama juga tak bagus. Ia hanya untuk membidas bagi mereka yang mendakwa bahawa alat ini adalah alternatif baik untuk cegah makanan berminyak sedangkan kita boleh kukus.

 

Penjelasan untuk mudah faham

“Memasak makanan berkanji dengan suhu tinggi akan menghasilkan acrylamide. Ya memang kita boleh menggunakan air fryer utk memasak pada suhu rendah. Tapi tak tercapailah kesan menggoreng tu (maillard reaction).

Penggorengan garing hanya dapat dikecapi pada suhu tinggi. Ye laa, kalau dah menggoreng, tapi tak garing, tak brown dan tak crunchy, bukanlah menggoreng namanya. Dan bila suhu tinggi, acrylamide pun terhasil sebagai kesan sampingan dari Maillard reaction antara pengurangan gula dan asid amino, terutamanya asparagine).

Rujukan

1. Kumar et al 2018. Dietary Acrylamide and the Risks of Developing Cancer: Facts to Ponder. Front Nutr.
2. Nazir & Sharif. 2018. Health risk assessment of acrylamide in deep fried starchy foods among students. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia.
3. Giovanelli et al 2017.Comparative study of physico-chemical and sensory characteristics of French fries prepared from frozen potatoes using different cooking systems.Eurepoean Food Research and Technology.”

Setiap bahan ada baik dan buruknya. bukanlah nak memburukkan Air Fryer, tujuan perkongsian ini hanyalah untuk menyelar pengguna yang mengatakan produk ini bagus 100%,  ia hanya menggalakkan pengguna untuk mengurangkan makanan berkanji dengan suhu yang tinggi.

 

Baca : Chong Wei Pulih Kanser Sepenuhnya, Pulang Ke Malaysia Ahad Ni!

Chongwei

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.