Nak Gantung Keahlian UMNO Najib Pulak?

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Lepas satu, satu pulak dugaan yang menimpa bekas PM kita ni. Menurut Sinar Harian, beberapa pemimpin UMNO mencadangkan keahlian Datuk Seri Najib Razak sebagai ahli UMNO digantung berikutan kes mahkamah yang sedang beliau hadapi sekarang. 

Sumber: Sinar Harian

Ketua Umno Cawangan Air Papan, Mohamad Asri Jaffar berkata cadangan ni diusulkan supaya Najib dapat tumpukan sepenuh perhatian pada kesnya sekarang.

“Kalau di Mersing pernah berlaku kes bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Mersing yang juga Exco Perumahan, Datuk Abd Latif Bandi yang terlibat kes salah guna kuasa dan masih sedang dalam perbicaraan di mahkamah beliau digantung keahlian.

“Mengapa tidak beliau (Najib) juga digantung,” kata Asri.

Malah hal ni jugak disokong Ketua UMNO Cawangan Semaloi, Mohd Sofian Hussain yang merasakan Najib wajar selesaikan kesnya sendiri tanpa libatkan nama parti dan sebab tulah keahlian UMNO beliau patut kena gantung.

“Hanya gantung keahlian bukan pecat dari parti. Kalau beliau disabitkan tidak bersalah beliau kembali kepada Umno. Kalau disabit kesalahan beliau perlu dipecat,” kata Sofian.

Sumber: Inquirer

Tambah Ketua UMNO Cawangan Sungai Mengkuang, Zawawy Mohamad, cadangan ni sebenarnya dilakukan demi menjaga nama baik UMNO tu sendiri.

“Cadangan penggantungan ini adalah bersifat sementara sehingga keputusan mahkamah menetapkan keputusan.

“Kenyataan kami ini adalah atas rasa sayang terhadap Umno di mana kami ingin melihat Umno kekal sebagai sebuah parti yang menjadi kebanggaan umat Melayu dan Islam di Malaysia,” katanya.

Sumber: Blog

Nampaknya satu persatu pemimpin UMNO mula menyatakan pendapat dorang terhadap Najib. Apa pendapat korang pulak mengenai isu ni?

Baca: Najib Beban Kepada UMNO

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!