in

Najib Beban Kepada UMNO

Beb1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata yang Najib kini hanyalah ‘bebanan’ UMNO dan dah sampai masa supaya parti ni berhenti memikulnya, menurut MalaysiaKini.


Beb1
sumber: malaysian gazette

“Kita mesti teruskan perjuangan. Kami tak akan tunggu. Kami takkan buang masa mempertahankan Najib.”

“Kami dalam UMNO tidak boleh bawa beban ini selamanya. Perlu diputuskan. Jika ini semua tanggungjawab beliau (Najib),” katanya.

Beb3
sumber: malaysianview

Sementara itu, Annuar berkata UMNO perlu tumpukan usaha membina semula parti itu kerana ia lebih penting daripada mana-mana individu.

“Najib hanya satu orang, tidak ada orang yang amat diperlukan. Najib bukan lagi presiden parti, bagi saya beliau hanya ahli parti. Sama ada orang sokong dia atau tidak, ia tidak penting.

“Parti lebih penting berbanding mana-mana individu. Najib sudah melepaskan semua jawatannya dan kini parti di bawah pentadbiran baru. Kami akan buat dengan cara baru.

“Kami tidak akan tunggu Najib selesaikan kesnya di mahkamah,” kata anggota parlimen Ketereh itu lagi.

Memetik daripada MalaysiaKini, lepas je keluar komen Annuar Musa tu, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga beri komen dan berharap agar Datuk Seri Najib Razak tak terasa hati dengan kenyataan pemimpin UMNO yang menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai “beban”.

Beb4
sumber: the star

Zahid juga menasihatkan agar bekas perdana menteri itu tak terganggu dengan komen seperti itu.

“Saya harap Najib tak tersentak hati atau terasa hati dengan pendapat-pendapat yang sedemikian.

“Saya juga tidak mengharapkan minda dan perasaannya terganggu dengan komen yang sedemikian serta lalui proses perundangan yang sedang dijalankan ini dengan penuh ketenangan dan ketabahan,” katanya.

Betullah orang cakap, kawan dan musuh dalam arena politik ni bukan untuk selamanya…

Baca: Najib Mungkin Berdepan Hukuman Penjara Seumur Hidup

Beb1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.