in

“Nak celebrate merdeka tapi orang asli ditindas…”

Omg 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ini tak patut!


Tinggal dua hari je lagi kita akan menyambut sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-61, tapi masih ada kisah tak sedap didengar pasal orang asli kat negara kita.

Menurut perkongsian seorang individu di Twitter, orang asli di Kelantan ditindas dan hak dorang masih diketepikan oleh pihak berwajib. Khabarnya Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) digunakan untuk menindas pemilik sah tanah kat situ. Biar betul?

A 2
sumber: twitter
11 5 2
sumber: twitter

FRU ni selalu kalau ada rusuhan atau demonstrasi, dorang lah yang kita nampak duk berkawal kat tepi-tepi tu. Lebih teruk lagi, FRU ni katanya disalah guna oleh Kerajaan Negeri Kelantan pada hari kejadian.

Bila tengok entri ni, ramai sedih dan simpati dengan nasib menimpa masyarakat Orang Asli sebab kena tindas sampai macam tu sekali. Dorang juga mendakwa yang kerajaan sengaja nak membuli rakyat miskin dan layan orang asli macam pengganas. Alahai..

Sedih Dan Kesian
sumber: twitter
22 3 2
sumber: astro awani

Ada juga yang mendakwa kerajaan negeri sengaja buat kekejaman macam tu sebab nak sampaikan mesej kepada masyarakat orang asli bahawa Perdana Menteri Tun Mahathir tidak pedulikan rayuan-rayuan dorang.

Insiden ni juga katanya bukti fenomena cash is king yang menular dalam Kerajaan Negeri Kelantan.

Cashisking
sumber: twitter

Disebabkan hal ni, ramai meminta Kerajaan Pakatan Harapan untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan segera dan membetulkan sebarang kesalahan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Gesa Kerajaan
sumber: twitter

Kesiannya.. semoga kes ni akan dapat diselesaikan tak lama lagi.

Baca: Syarikat Ini Beri Nasi Lemak PERCUMA Sempena Merdeka!

Asadd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.