in

“Nak buat apa je?”- Tindakan 2 Lelaki Curi ‘Pocong’ Cetus Tanda Tanya Orang Ramai

F Ghost 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dengar je cerita seram yang kawan-kawan kita share ketika zaman sekolah dulu, mesti lepas tu nak pergi tandas kena berteman terutamanya kalau kita duduk asrama kan. Lepas tu, mula lah menyesal dengar cerita macam tu kan sebab asyik teringat je.



Namun nampaknya cerita hantu macam tu tak begitu menakutkan buat sesetengah orang sebab kali ini, patung pocong yang diletakkan oleh pihak berkuasa di sebuah dataran di Lamongan, Indonesia ini telah dicuri oleh dua orang lelaki. Kejadian kecurian itu kebetulan sempat dirakam oleh CCTV. Video itu mula tular di media sosial beberapa hari lepas.

@lamonganpopuler

MBEGIDAK !!! Kronologi Pencurian Pocongan Dilamongan #pocongan #fyp #tiktok #lamongan #lamonganpopuler #tmc #cctv #jawatimur

♬ suara asli – Lamongan Populer – Lamongan Populer

Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana boleh ada patung hantu macam ni kat tepi jalan negara jiran kita ni. Difahamkan, patung pocong itu sengaja diletakkan di kawasan seperti itu untuk mengingatkan orang ramai supaya patuh dengan SOP kesihatan ketika pandemik COVID-19, lapor detiknews.

Ghost 2

Dengar kata, patung hantu tu sebenarnya diharapkan akan menakutkan penduduk di situ jadi mereka tak akan berkumpul di kawasan dataran itu dalam usaha untuk mengurangkan kes COVID-19. Namun, dua orang lelaki ni nampaknya tak takut la pulak. 

Ghost 1

Menurut Instagram viralno.1, selain pocong, keranda dengan tulisan ‘Mati karena corona’ juga diletakkan di situ. Namun, menurut detiknews, dua pelaku yang mencuri patung hantu tersebut telah ditangkap oleh pihak polis kawasan itu tidak lama kemudian.

Rata-rata netizen negara itu juga pelik dan hairan kenapa patung pocong juga yang dicurinya. Apa je yang boleh dibuat dengan patung ni kan? 

Photo 2021 07 11 12 48 13

Kalau min patung ke tak patung, semua sama je seramnya. 

Sumber: detiknews, Instagram viralno.1, TikTok @lamonganpopuler

Baca: “Aku pulak rasa naik hantu dengar sebutan tu”- Netizen Geli Hati Dengar Mat Saleh TikTok Sebut Nama-nama Hantu Melayu

Ghost

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.