Di media sosial sekarang ini, tular satu video memperlihatkan seorang lelaki tidur di dalam sebuah keranda yang terletak di dalam van jenazah. Di fahamkan kejadian ini berlaku di Masjid Tiak, Baling, Kedah.
Dalam video tersebut, lelaki yang tidur di dalam keranda itu enggan beredar pada mulanya setelah ditegur oleh orang ramai. Apabila ditanya oleh para jemaah masjid, dia mendakwa dirinya datang ke situ kerana masjid di kawasan sekitar rumahnya dikunci dan tidak dapat masuk.
Artikel berkaitan : Mahu Kenang Nilai Sentimental Si Mati, Syarikat Ini Cipta Keranda Dengan Pelbagai Rekaan
Artikel berkaitan : Lelaki Tinggalkan Dunia ‘Mak Nyah’, Ceburkan Diri Buat Keranda
Malah apabila ditanya motif tindakannya melakukan perkara sedemikian, dia mengatakan bahawa ia adalah latihan dan persediaaan awal sebelum meninggal dunia bagaimanapun jemaah menyatakan bahawa itu bukanlah caranya sebelum individu tersebut keluar.
“Saya datang berlatih mati siap-siap, esok-esok mati tak teruk sangat,” kata lelaki itu.
“Bukan macam ini caranya, sekiranya nak berlatih kena masuk dalam masjid, solat dan berdoa.
“Balik ke masjid, balik ke masjid.”
@fitri.iqram.cikgu Nàk rasa camna orang mati sanggup tido dalam keranda van jenazah. Lokasi Kg. Tiak, Baling, Kedah #fypシ゚viral #CeritaViralTiktok #KisahBenar #NoHateJustLove?
Bagaimanapun, masih belum ada kenyataan pihak pengurusan masjid berkenaan berhubung insiden itu setakat ini.
Sumber : TikTok