in

“Nak bayar yuran anak pun bising” – Netizen Kritik Lelaki Mengeluh Yuran Tadika Swasta Anak Mahal

Pastianak 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pantasnya masa berlalu, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan melangkah masuk ke tahun 2018. Di penghujung tahun seperti ini, ibu bapa pastinya sibuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak dan mengambil peluang mendaftarkan anak mereka di tadika pilihan masing-masing.


Seperti ramai sedia maklum, memang banyak wang yang perlu dibelanjakan bagi menanggung kos pendidikan di negara ini. Pun begitu, terdapat seorang lelaki dikenali sebagai Mezah memuat naik status di Facebook (entri sudah dipadam) berunsur keluhan kerana merasakan yuran tadika anaknya mahal. Hmm..

“Laaa…kena bayar juga masuk PASTI..ingatkan percuma..mahal gila bayar.”

C2 1
sumber: cari

Menyangka kos pendidikan di pusat pendidikan berkenaan disediakan secara percuma, status yang dimuat naik lelaki tersebut di dalam sebuah grup Gabungan Anak Terengganu itu mempertikai yuran tadika PASTI anaknya yang bukan sahaja perlu dibayar malah mahal pula.

Menurut Cari, yuran di pusat pendidikan PASTI itu mahal kerana ianya merupakan tadika swasta. Jika mahu membayar yuran yang lebih murah, lelaki tersebut disarankan menghantar anaknya ke tadika KEMAS yang dikatakan jauh lebih murah.

C1
sumber: cari

Perkongsian lelaki itu ternyata mendapat banyak kritikan netizen atas sebab-sebab yang sudah terang lagi bersuluh.

“Takkan nak free kot?”

“Nak bayar yuran anak mengaji pun bising.”

“Kalau mampu, hantar. Kalau tak, tak payah hantar.”

“Masuk jamban pun kena bayar la.”

Dalam banyak-banyak komen yang diterima Mezah, terdapat seorang individu yang mendakwa bahawa dia merupakan seorang pengurus di tadika PASTI. Individu tersebut berkongsi bahawa yuran bulanan pusat pendidikan PASTI yang bernilai RM70.00 digunakan untuk menanggung perbelanjaan bulanan makanan, pembelajaran, gaji guru, bil dan sebagainya.

C4
sumber: cari
C3
sumber: cari
C6
sumber: cari

Menurut individu tersebut, RM70 jika dibahagikan kepada kategori-kategori yang dinyatakan tadi, pekerja di tadika tersebut hanya akan menerima RM3 sehari sebagai upah menjaga anak-anak yang dihantar ke situ.

“Ada sesiapa nak (terima upah RM3 untuk jaga dan ajar pelajar)? Cuba fikirkan.”

Tidak berpuas hati dengan kritikan-kritikan yang diterima olehnya, lelaki berkenaan memuat naik status di laman Facebook peribadinya pula. Kali ini, statusnya berunsur politik kerana membandingkan harga yuran di tadika PASTI Terengganu dengan harga yuran di tadika PASTI Kelantan pula. Dah kenapa dia ni?

C5 1
sumber: cari

Status tersebut sekali lagi dikritik netizen yang memerli bahawa lelaki tersebut perlu mengajar anaknya sendiri di rumah jika tidak mahu mengeluarkan wang untuk kos pendidikan anak. Dia juga diingatkan bahawa perincian yuran untuk setiap negeri adalah berbeza.

Pilihan di tangan masing-masing. Jika tidak mahu berbelanja lebih untuk pendidikan anak-anak, banyak tadika lain menawarkan yuran yang lebih murah. Tak perlu rasanya viralkan kerana boleh memburukkan nama pusat pendidikan tersebut. 

NOTA: Gambar atas kanan hanyalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Baca: Guru Tadika Disiplinkan Pelajar Nakal Dengan Ikat Mulut dan Tangan, Jadi Bualan Ramai

Haha 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.