in

“Nak bawa jumpa ke?” – Pilihkan Tudung, Netizen Agak Syed Saddiq Nak Bawa Bella Jumpa Umi?

syaz ft 2025 03 07T152310.074

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampak gayanya, pasangan kegilaan masa kini, Bella Astillah dan Syed Saddiq sekali lagi mendapat perhatian netizen.

Terbaru, penyanyi berasal dari Sabah serta Ahli parlimen Muar itu dilihat bersama ke Butik Ariani, meskipun ia kedengaran biasa namun pasangan yang juga dikenali sebagai BASS ini membuatkan ramai terharu kerana mereka ingin membelikan tudung buat ibu kepada Syed Saddiq.


Artikel berkaitan: “Saya pun nampak di TikTok” –  Bella Astillah Tak Tahu Ayden Panggil Syed Saddiq ‘Dad’

Artikel berkaitan: “Ayden pun ikut sekali” –  Syed Saddiq Bawa Bella Astillah Ke Parlimen, Baju Sedondon Lagi!

Apa yang membuatkan ramai tak keruan, Bella dilihat seakan sudah tahu jenis tudung yang biasa dipakai oleh umi kepada Syed Saddiq.

@stylefashionpv

BASS Shopping tudung Ariani untuk siapa tu? 🤭

♬ original sound – stylefashionpv – stylefashionpv

Mulanya, kelihatan Syed Saddiq seperti tidak begitu arif dalam memilih tudung buat uminya, namun tanpa berfikir panjang, Bella dengan tenang menjawab jenis tudung yang biasa dipakai oleh umi Syed Saddiq kepada pemilik jenama Ariani, Datin Seri Farah Haryani.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang ‘cair’ dengan reaksi serta lenggok badan kedua-dua mereka, malah ada juga yang membuat andaian kemungkinan Syed Saddiq akan akhirnya membawa Bella untuk bertemu dengan uminya.

cats 6

Makin manis pula BASS ni, kasi jadi lah YB!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.