in

‘Najis Anjing’ Pencuci Mulut Terbaru Ciptaan Wanita Ini Trending di Thailand

Fi3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
'Najis Anjing' Pencuci Mulut Terbaru Ciptaan Wanita Ini Trending di Thailand
Loading
/

Manusia sekarang makin kreatif, ini adalah satu kenyataan yang tidak boleh disangkal. Saban tahun, macam-macam idea menarik,unik, dan pelik tular ke serata dunia. Semakin pelik sesuatu menda baru itu, semakin ramai yang akan tertarik dengan idea baru tersebut.


Satu idea menarik tetapi mungkin meloyakan bagi sesetengah orang, yang baru mendapat perhatian ramai adalah pencuci mulut yang berbentuk najis anjing dicetus oleh seorang wanita warganegara Thailand. Bukan saja bentuknya mirip, warnanya pun seakan-akan.

Dp2
sumber: the nation

Wilaiwan,30, adalah seorang pekerja pejabat yang hanya membuat pencuci mulut pada hujung minggu. Idea ini tercetus ketika seorang pelanggannya meminta pencuci mulut berbentuk pelik, Wilaiwan terus mencetuskan ideanya yang luar biasa itu.

Pencuci mulut tersebut diperbuat 100% daripada bahan-bahan yang boleh dimakan. Antara bahan-bahannya ialah santan, lemak haiwan (gelatin), dan pewarna. Ianya kemudian dituang di dalam acuan berbentuk najis. Bukan diperbuat dengan campuran najis ye! Hehe..

Dp3
sumber: ndtv

Pencuci mulut unik milik Wilaiwan yang dijual dengan harga RM4.29 sen sebiji ini sudah menjadi menu yang paling popular di perniagaan kecil miliknya itu. Sebanyak 1,000 biji dijual dalam masa sebulan.

“Ia pelik, tiada orang lain membuat bentuk najis. Ramai yang menyukainya,” katanya.

Dog Poop
sumber: ndtv

Walau bagaimanapun selepas memuat naik gambar pencuci mulut tersebut di laman Facebook, Wilaiwan akui yang tidak semua menyukai ideanya itu. Akan tetapi tidak kurang juga yang suka kerana Wilaiwan mendapat banyak keuntungan hasil penjualan pencuci mulut bentuk najis ini.

Jangan sekat kreativiti anda. Mungkin idea pelik anda itu akan mendatangkan untung yang lumayan. Belum cuba, belum tau!

Tonton video dibawah:

Sumber: Youtube

Baca: “Haram Ambil Duit Hasil Jualan Kek Bertemakan Karakter Seperti Upin Ipin, Boboiboy….”

Kek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.