in

Najib Sindir Tun M Tak Beri Hak Kebebasan Bersuara dan Media Macam Sekarang

Page Najib3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakyat sebetulnya perlulah diberi hak untuk bersuara dan menyatakan pendapat masing-masing. Oleh itu, adalah penting untuk pemimpin memberikan hak kebebasan bersuara dan media pada masa kini.


So, menurut Malaysian Digest, dalam ucapan pelancaran Hari Wartawan Nasional di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade semalam, PM Datuk Seri Najib Razak kata kerajaan hari ni ada track record yang baik dari segi kebebasan bersuara berbanding dengan pemimpin sebelum ni yang dah memerintah selama 22 tahun.

“Bahkan, pemimpin yang ‘pernah memerintah 22 tahun itu’ juga turut dikecam Jawatankuasa Melindung Wartawan di peringkat dunia sebagai salah seorang daripada 10 Enemies of The Press, yakni sepuluh musuh utama kepada akhbar, pada 3 tahun berturut iaitu di tahun 1999, 2000 dan 2001.”

Najib2
sumber: malaysian digest

Datuk Seri Najib langsung tidak menyebut nama pemimpin tersebut tapi cukup jelas orang yang dia maksudkan adalah tak lain dan tak bukan Tun Mahathir sendiri yang kini bersama Pakatan Harapan (HARAPAN).

Beliau juga menjelaskan kini kerajaan dah pun wujudkan macam-macam langkah transformasi dalam kebebasan bersuara dan media termasuk dengan memansuhkan ISA 1960, memperkenalkan Akta Perhimpunan Aman 2012 dan transformasi media dengan memansuhkan lesen mencetak dan permit percetakan.

Akhbar pro-pembangkang masih beroperasi

Selain tu, akhbar pro-pembakang macam Harakah, Roket dan Siasah masih diterbitkan serta portal berita yang tidak mesra kerajaan masih beroperasi.

“Ini membuktikan bahawa kerajaan sentiasa memberi ruang kepada kebebasan bersuara.”

Najib1
sumber: malaysian digest

Risau penyebaran berita palsu semakin berleluasa

Walau bagaimanapun, kerajaan still risau dengan penyebaran berita palsu yang semakin berleluasa. Kebebasan bersuara dan media ada limit serta tak patut menjurus penyebaran berita tak sahih sebab aspek keselamatan, ketenteraman awam dan kestabilan negara perlulah diutamakan.

“Mereka yang kita gelarkan sebagai netizen ini, sering pula menjadi “penulis maya” dan menulis sesuatu hanya berdasarkan persepsi serta pemahaman sendiri tanpa merujuk atau mendapatkan pengesahan terlebih dahulu.”

Beliau turut beri peringatan bahawa kebebasan bersuara dan media perlu berasaskan tiga perkara utama iaitu:

  • Sifat tanggungjawab
  • Berasaskan kebenaran
  • Mengikut tafsiran citra serta budaya tempatan (bukan ikut barat)

Jangan sebarkan berita palsu ye! Kalau sahih takpe, kalau tak sure, jangan gatai nak click button share tu haippp!

Baca: Pendedahan Berani! Tun Mahathir Bongkar 13 ‘Taktik Kotor’ PM Najib Tipu dan Cuba Menang PRU14

Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.