in

Najib Razak Disenarai Menteri Kewangan Paling Teruk Di Asia 2016

Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau  keluar je berita tentang Perdana Menteri kita semua taknak ambil tahu dah kan? Setiap kali keluar berita, ‘apa lagi ni?’ Berita kali ini memang sedang hangat diperkatakan, berita yang sangat memalukan untuk negara kita.


Najib Razak telah disenaraikan sebagai Menteri Kewangan paling teruk di Asia bagi tahun 2016 oleh Finance Asia. Tak terkejut pun kan sebenarnya…

Annoy

Finance Asia menerbitkan berita meliputi kewangan, perbankan pelaburan, ekonomi dan berita pasaran modal, bagi mereka yang terlibat dalam kewangan korporat, perbankan, pengurusan aset dan peraturan pasaran di Asia Pasifik.

[sociallocker id=1666]

Setiap tahun mereka akan membuat carta ekonomi daripada 12 negara Asian dan menyenaraikan kedudukan dalam “Menteri Kewangan Terbaik”. Tahun lepas Najib Razak menduduki tempat ke-8, dan kalau nak diikutkan tidaklah teruk sangat kan.

Yelah, tahun lepas negara kita mempunyai skandal 1MDB dan penurunan harga minyak, dan kita pula memang bergantung kepada itu.

Sumber: Rappler
Sumber: rappler

Bagaimanapun, keputusan kedudukan bagi tahun ini yang dikeluarkan pada bulan March meletakkan Perdana Menteri kesayangan kita ini di kedudukan yang terakhir. TERAKHIR. Kita dulu zaman sekolah kalau dapat nombor terakhir dalam kelas pun dah takut nak bagitau mak bapak kan? Bayangkan lah yang ini…

‘Kita’ mendapat kedudukan terakhir pada tahun ini kerana semasa siasatan dalaman skandal 1MDB, kita membersihkan namanya daripada sebarang salah laku, walaupun dakwaan antarabangsa dari Amerika Syarikat, Switzerland, Singapore dan beberapa negara lain masih percaya bahawa Najib Razak bersalah.

Sumber: Wall Street Journal
Sumber: wall street journal

Perkara itu menyebabkan pelabur semakin hilang keyakinan, kerana mereka takut pasaran tempatan hanya akan menjurus kepada pakatan kroni dan berlakunya amalan rasuah yang lain.

[/sociallocker]

Krisis politik yang berpanjangan ini telah membazirkan masa yang sepatutnya boleh digunakan sebaiknya untuk menangani masalah ekonomi yang teruk dan telah menjadikan Malaysia kurang menarik sebagai destinasi pelaburan”

– Finance Asia

Sumber: Straits Times
Sumber: straits times

Menurut Finance Asia, cabaran paling besar buat Najib Razak adalah bagaimana dia memilih untuk menguruskan defisit bajet iaitu 3.1% daripada GDP negara ini.

*GDP = Gross Domestic Product

Najib pernah berkata bahawa beliau merancang untuk mengimbangi bajet tetapi Finance Asia terus berkata ” ianya agak sukar bagi sebuah negara yang telah mengalami defisit sejak 1998.” Wow, perli baik punya! 

Bagaimana Najib yang dilanda skandal meningkatkan reputasi Malaysia masih tidak dapat dilihat, tetapi sebelum mengambil tindakan itu dia harus bersedia untuk memikirkan rancangan untuk menangani masalah defisit bajet sementara kelemahan luaran terus menerus memberi kesan buruk kepada hasil kerajaan”

– Finance Asia

Malangnya, tiada lagi berita baik atau yang membanggakan dan menaikkan nama negara kita di mata dunia. Semua berita pasti menghampakan dan menjatuhkan reputasi Malaysia je. 🙁 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.