Pihak Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) memaklumkan bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Razak telah menjalani beberapa pemeriksaan rawatan dan rehabilitasi sepanjang berada disitu.
Jadi, Pakar Perubatan Rehabilitasi telah melakukan pemeriksaan terkini terhadap beliau dan mendapati tahap kesihatan beliau kini berada dalam keadaan yang baik. Kata pihak HRC dalam satu kenyataan hari ini juga menyatakan bahawa Najib Razak juga kini telah diberikan tunjuk ajar oleh Jurupulih Perubatan Fisioterapi HRC serta boleh menjalankan latihan teknik senaman secara kendiri.
Najib Razak dihantar semula ke Penjara Kajang.
Tahap kesihatan beliau kini dlm keadaan baik selepas dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).
Beliau juga telah diberikan tunjuk ajar dan boleh jalankan latihan teknik senaman secara kendiri : HRC
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) September 23, 2022
Pakar perunding yang berkaitan juga telah mengadakan satu sidang bersama beliau dan ahli keluarga terdekat dimana mereka telah dimaklumkan situasi terkini keadaan kesihatan serta pelan pemantauan kesihatan beliau.
Dalam pada itu, pakar perunding dari HKL dan HRC juga telah memberikan pelepasan perubatan dan membenarkan beliau dihantar semula ke Penjara Kajang.
Baca : Anwar Nafi Terima Layanan VIP Ketika Dipenjara, Minta Jangan Banding Dengan Najib