in

“Nafsu kuda” – Individu Upload Gambar Perempuan Tudung Labuh Dengan Komen Lucah Dikecam

Tak kira dekat negara mana pun, budaya victim blaming ni masih menular dalam diri masyarakat. Sebagai contoh, kalau ada berita pasal kes rogol, orang akan menyalahkan mangsa sebab pakaian terlalu seksilah, keluar tengah malamlah, tak tahu jaga diri dan macam-macam lagi.

Tapi hakikatnya, perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa saja, tak kira jantina, umur atau penampilan. Sebab kalau tengok dekat berita pun, ada je bayi, warga emas atau orang kurang upaya jadi mangsa rogol.

Macam biasa, selalunya orang yang kena victim blaming ni adalah wanita dan pakaian wanita selalu dijadikan subjek lebih-lebih lagi kalau orang berpakaian tak menutup aurat.

Tapi baru-baru ini, tular di media sosial bila seorang individu (dipercayai lelaki) telah menggunakan akaun Twitter untuk memuat naik gambar-gambar wanita bertudung labuh untuk dijadikan bahan lucah.

Akaun Twitter ini telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan lelaki ni sehingga akaun tersebut kini telah dipadam.

Tapi, ada jugak orang yang bagi jalan penyelesaian suruh perempuan jangan upload apa-apa gambar dalam media sosial. Benda ni, dua-dua pihak kena buat.

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. [24:31]” 

Baca: “Kasian suamimu di alam kubur” – Lepas Ashraf Meninggal, Ramai Netizen Indo Komen Dekat Video Lama BCL Minta Tutup Aurat