in

“Please, stop” – Video Temuramah Tular, Nad Zainal Nafi Orang Ketiga Punca Penceraian

Untitled Design 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi seorang yang ternama atau terkenal sudah pastinya ramai yang ingin ambil tahu, lebih-lebih lagi jika anda merupakan seorang selebriti. Sehinggakan kehidupan peribadi pun sukar untuk disembunyikan.


Itulah yang terjadi kepada pelakon terkenal tempatan, Nad Zainal. Baru-baru ini, pelakon filem Kami Histeria itu mengumumkan penceraiannya dengan suami Muhammad Faliq selepas mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun.

Selepas mengumumkan berita sedih itu, sebuah video temuramahnya telah tular yang seakan memberi bayangan adanya orang ketiga dalam perhubungan mereka.

Pun begitu, hari ini Nad Zainal melalui Instagram miliknya berkongsi di mana video temu ramah berkenaan tidak ada kena-mengena dengan penceraiannya itu tetapi sebaliknya ia merupakan rentetan daripada drama siri yang dibintanginya iaitu Dendam Seorang Isteri.

“Berikutan video temu ramah yang tular, ramai membuat spekulasi saya memberi bayangan tentang keadaan rumah tangga saya sebelum ini, yang mana tidak benar.

Itu hanya temu ramah berkenaan isu curang dalam rumah tangga rentetan daripada tayangan finale drama Dendam Seorang Isteri,” tulisnya.

Malah, pelakon yang berusia 32 tahun itu juga meminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi dan meminta orang ramai untuk move on.

Semoga Nad Zainal dan anak-anak terus kuat ya!

Baca: Ira Kazar Akan Ditahan Atas Tuduhan Menghasut Suami Isteri Untuk Bercerai?

Collage 76

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.