in

“Muzik power, snooker power” – Tok Ram Tunjuk ‘Taring’ Menang Kejohanan Snooker

Syaz Ft 2024 07 04T160440.916

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sahaja tak kenal dengan Dato’ Ramli MS atau lebih mesra disapa Tok Ram kan?


Beliau bukan sahaja seorang pemuzik dan komposer tanah air yang disegani, beliau juga merupakan juri tetap rancangan realiti seperti Akademi Fantasia dan Gegar Vaganza.

Kebelakangan ini, namanya juga disebut-sebut dek kerana perwatakannya yang menghiburkan dalam rancangan realiti komedi Travelawak: Projek Bapak Bapak di mana beliau bergandingan dengan Dato’ Jalaluddin Hassan, Roy Azman serta Jatt Ali (Black Dog Bone).

Artikel berkaitan: “Memang sempoi” – [VIDEO] Netizen Puji Tok Ram Selamba Berkain Pelikat Di ‘Red Carpet’

Artikel berkaitan: Azharina Kantoi Tipu Tok Ram, Netizen Jumpa Video Pernah Nyanyi Lagu ‘La Bamba’?

Terbaru, tular videonya menunjukkan satu lagi skill lain iaitu bermain snooker, dalam video yang tular itu dapat dilihat Tok Ram berjaya memasukkan kesemua bola ke dalam lubang dan tidak bagi chance kepada pemain lain. Hebatnya!

@nashakim90

Champion Celebrity Snooker – Ramli MS (Tok Ram) Hehujung boleh terkucil pulak,terus main golf 🏌️🤣

♬ DOLA – ANGGA DERMAWAN

Difahamkan, video itu merupakan aksi Tok Ram dalam kejohanan Celebrities Snooker Tournament 2.0 di DJ Snooker Academy, Senawang, Negeri Sembilan.

Lebih manis lagi, Tok Ram yang juga suami kepada penyanyi Alyah itu memenangi kejohanan tersebut dan Black Wings di tempat kedua.

449319545 1636403467123119 1300614507442813693 N

Sebagai info, selain Tok Ram dan Black Wings, terdapat beberapa artis lain yang turut menyertai pertandingan terbabit seperti Johan Raja Lawak, Zul Ariffin dan ramai lagi.

Pegang baton power, pegang cue snooker pun power!

Sumber: TikTok, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.