Perseteruan antara Ali Puteh dan balu arwah Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali kini sampai ke kemuncaknya apabila Ali mengaku telah mengeluarkan saman terhadap kakak iparnya dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.
Menurut Astro Gempak, saman tersebut dikeluarkan Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya, Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakaknya, Sharifah Norwahida (plaintif ketiga).
Sebutan kes tersebut telah berlangsung semalam (Rabu) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Saman Hidayah sebagai tindak balas disaman terdahulu – Ali
Kata Ali, dia mengambil keputusan untuk menyaman kakak iparnya itu adalah sebagai tindak balas terhadap Hidayah yang telah mengemukakan saman terhadapnya terlebih dahulu.
“Pihak mereka mengeluarkan saman terhadap kami dahulu. Selepas mendapat nasihat daripada peguam saya, beliau menyarankan agar kami pula mengambil tindakan terhadap Hidayah.
“Itupun selepas perbincangan dan mengambil kira beberapa faktor seperti kesan emosi kami sekeluarga sebaik sahaja video Hidayah bersama jutawan kosmetik Aliff Syukri menjadi tular.
“Banyak yang kami tanggung akibat video tersebut. Ibulah yang paling terkesan apabila kami ditohmah dan menjadi bahan hinaan masyarakat,” katanya.
Hidayah mengaku keluarkan wang RM10,000 dari akaun Abam
Dalam pada itu, menjawab soalan plaintif, Hidayah selaku defendan kedua mengaku membawa duit tabung berisi wang kertas yang didakwa hasil tabungannya bersama Abam dan 4 utas jam tangan keluar dari rumah.
Malah dia juga mengaku mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun milik Allahyarham Abam dan memasukkan ia kesemuanya ke dalam akaun anak mereka, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey Syed Umar Mokhtar Al Juffrey kerana bimbang direbut plaintif (pihak Ali Puteh).
Selain itu, Hidayah juga tidak bertanggungjawab ke atas semua kenyataan yang dibuat defendan kedua (Aliff Syukri) atau wakil ejennya dalam rakaman video yang tular sebelum ini.
Menurut Ali Puteh, dia sekeluarga hanya mahu membersihkan maruah mereka yang selama ini dipijak dan berharap kebenaran akan terjawab selepas ini.
https://www.instagram.com/p/CEWPBAuJcvO/
“Semoga kebenaran akan terjawab selepas ini. Mungkin inilah yang Allah SWT nak tunjukkan selepas kami sekeluarga bersabar sekian lama. Saya bersyukur.
“Apapun saya maafkan semua yang telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kami sekeluarga,” katanya.
Harap semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Makin meleret dah isu ini.