Sebelum ini kecoh di laman media sosial mengenai seorang remaja perempuan berusia 17 tahun berasal dari Kanada telah pengsan dengan secara tiba-tiba di lot parkir KLCC.
Ramai netizen yang menanggap bahawa gadis muda itu telah di jangkiti oleh penyakit yang kian menular kini iaitu coronavirus.
Bukan itu sahaja, andaian itu menjadi lebih kuat apabila pihak HAZMAT datang ke tempat itu dengan berpakaian lengkap bagi membawa gadis itu ke hospital.
Menurut Berita Harian, Hospital Kuala Lumpur (HKL) sedang menjalankan pemantauan jangkitan wabak coronavirus terhadap gadis itu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata semua langkah sudah diambil bagi memastikan sebarang kemungkinan.
“Saya baru dapat maklumat mengenainya, pihak berkuasa HAZMAT datang ke tempat kejadian dengan pakaian yang lengkap dan berjaga-jaga.
“Remaja berusia 17 tahun itu sudah dibawa ke HKL dan dimasukkan ke wad isolasi untuk pemantauan. Kami akan maklumkan perkembangan mengenai kes itu nanti.
“Perkara yang dalam fikiran kami adalah coronavirus, tetapi ia boleh disebabkan penyakit lain yang mungkin berkaitan dengan jantung,” katanya.
Maklum balas tersebut adalah disebabkan persoalan yang terus menjadi tanda tanya berkenaan insiden ini yang tular di media sosial dan aplikasi whatsApp.
Everyone working in/around KLCC, there is a suspected nCoV case today, 5th February 2020. It’s still not yet confirmed but it’s best to take precautionary actions. Share this around and stay safe! pic.twitter.com/EI6AibHKpB
— supersyaq ✨🏴 (@syakiraharabee) February 5, 2020
Turut tersebar adalah sekeping gambar pasukan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang berada di lokasi.
Turut difahamkan, remaja berkenaan tiba di negara ini semalam dari Indonesia. Gadis itu turut dilaporkan telah menetap selama 15 tahun di Shanghai, China.
Semoga semua yang berada di KLCC berada dalam keadaan selamat.
Baca: [TERKINI] Foto Viral Individu Rebah Di KLCC Disyaki Coronavirus