in

“Mungkin balasan untuk saya” – Datuk Red Reda, Adira Nekad Berpisah

Adira Datuk Red Reda Berpisah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Adnan atau Datuk Red memberitahu dia sebolehnya enggan bercerai dengan isterinya memandangkan mereka sudah mendirikan rumah tangga selama lapan tahun.

Difahamkan, hari ini merupakan keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JPK) berhubung kes tuntutan cerai penyanyi terbabit.


Adira berharap hal tersebut akan diselesaikan dengan baik dan dirinya nekad mahukan perceraian. Sementara itu, Datuk Red hadir selang beberapa minit kemudian berkata dia berharap rumah tangganya bersama Adira masih dapat dipertahankan.

Artikel berkaitan: “Seronoknya tengok dorang!” – Adira Buat TikTok Dengan Madu, Netizen Tumpang ‘Happy’

Artikel berkaitan: Adira Fail Penceraian Kali Kedua Terhadap Suami, Datuk Red Ditegur Hakim Kerana Melambatkan Kes

Screenshot 2024 03 05 104038

“Saya kahwin lapan tahun lalu bukan untuk cerai, anak pun dah empat. Orang lain boleh cakap apa nak cakap, sebab mereka tak lalui. Saya fikir pengorbanan ini bukan untuk saya tapi untuk anak-anak.

“Pujuk-memujuk itu biasa la memang ada. Tapi perempuan ini kalau marah macam itu. Saya dah cuba tapi bila dah sampai tahap begini, sudah habis berusaha,” katanya.

Begitupun, Datuk Red yang ditemani peguam syarie, Muhammad Akmal Amzan berlapang dada menerima apa jua keputusan dengan reda.

“Mungkin ini bukan dugaan saya tapi balasan terhadap apa yang saya lakukan dahulu. Sebab itu sekarang saya tak ada sosial media dan hanya fokus kepada keluarga,” luahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan penceraian ke atas suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor atas alasan tiada persefahaman.

Sebelum ini Adira pernah memfailkan perceraian pada tahun 2019 namun menarik semula permohonan itu demi anak-anak.

Kita doakan yang baik-baik buat mereka…

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.