in

Wan Besi Dalang Sajat Lolos Ke Bangkok, Kenakan Bayaran RM20,000 Untuk Seludup Masuk Dalam Tren

Nur Sajat Bolos Ke Thailand Dibantu Wan Besi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai yang mungkin tertanya-tanya, bagaimana agaknya Sajat boleh lolos dengan mudah sekali ke Thailand? Adakah dia dibantu dan persoalannya siapa yang membantu Sajat?

Menerusi pembongkaran Harian Metro, individu yang dianggap pengkhianat negara ini dikenali sebagai Wan Besi yang mana telah bertanggungjawab menyusun penyeludupan keluar usahawan kosmetik Nur Sajat dari Padang Besar, Perlis hingga ke Bangkok, Thailand.


 

Bawa Sajat dari banglo ke gerabak kereta api

Menyusuri kronologi bagaimana Sajat bolos ke Thailand, menurut sumber, individu yang mempunyai kaitan dengan Wan Besi telah membawa Sajat menaiki kenderaan dari banglonya di Petaling Jaya pada minggu pertama Mac lepas.

Sebaik tiba di Padang Besar, Wan Besi dengan bantuan konconya menyeludup Nur Sajat ke dalam gerabak kereta api sebelum melepasi sempadan negara.

“Wan Besi ini kita percaya mempunyai dua kerakyatan dan dialah yang membawa Nur Sajat ke kondominium mewah di Bangkok,” kata sumber.

Whatsapp Image 2021 03 01 At 2.13.41 Pm E1614579272900

Wan Besi dikatakan telah mengenakan bayaran sebanyak RM20,000 kepada usahawan kosmetik itu untuk membawanya keluar dari Padang Besar ke Bangkok.

Wang itu juga menurutnya telah dibahagikan Wan Besi dengan pihak tertentu di kawasan Padang Besar yang bersubahat dengannya.

Dalam pada itu, sumber juga mendedahkan ada bayaran lain yang dikenakan kumpulan itu untuk membawa Sajat dari Lembah Klang ke Padang Besar dan siasatan juga sedang dijalankan mengenai perkara itu.

Padang Besar

 

Wan Besi terkenal kegiatan seludup di sempadan Malaysia-Thailand 

Individu yang bernama Wan Besi ini sememangnya aktif dalam kegiatan penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand terutamanya di Padang Besar dan menjadikan laluan utama penyeludupan keluarnya di kawasan KTMB.

Ktm Komuter Train

Individu ini juga sudah 3 kali ditahan polis membabitkan kes penyeludupan ketum dan terbaru kes tembakan di sempadan yang menyebabkan kematian anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Laluan pagar KTMB juga sering menjadi laluan utama rakyat Thailand membolosi sempadan negara.

“Selain itu, kita juga percaya ada aktivis tertentu yang membantu menasihati Nur Sajat untuk memohon kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan berpindah ke Australia.

“Aktivis ini memberi nasihat berkaitan human right dan prosedur berhijrah ke Australia dengan alasan Nur Sajat menerima banyak ugutan bunuh dan lain-lain ugutan di Malaysia,” kata sumber lagi.

Semakin banyak pendedahan, semakin seram pulak min dengar kes Sajat ni. 

Baca: “Keluar dari Islam tu semua taktik” – Dakwa Tak Selamat Di M’sia, Netizen Dedah Sebenarnya Sajat Lari Daripada Hutang?

Collage 44

Sumber: Kosmo
Sumber: PNBBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.