in

Lolos ke Bangkok, Rupanya Sajat Guna Taktik Berniqab & ‘Seludup’ Dalam Gerabak Kereta Api Barang

Sajat Berniqab Ketika Lolos Di Sempadan Malaysia Thailand

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas berbulan-bulan dijejaki, usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat akhirnya dilaporkan telah berjaya ditahan oleh pihak Imigresen Thailand. Dia telah ditangkap pada 8 September lalu selepas usaha memburunya dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mendapat bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Menurut laporan, usahawan berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki, juga berperwatakan wanita warga Thailand. Sudah semestinya, bagaimana dia berjaya melarikan diri ke negara jiran menjadi tanda tanya ramai pihak terutamanya rakyat Malaysia.

Sajat 1 1

Polis mendedahkan bahawa Sajat telah menggunakan taktik memakai purdah dan niqah bagi mengelakkan dirinya dikesan oleh pihak berkuasa ketika cubaan meloloskan diri.

Menurut Harian Metro, Sajat telah mengenakan pakaian sebegitu serta dibantu oleh seorang lelaki untuk melarikan diri dari rumahnya di Petaling Jaya, ke kawasan sempadan sebelum lolos ke Thailand.

Skuad Khas Harian Metro telah menjejaki semua laluan digunakan Sajat yang dipandu arah lelaki tersebut selepas dilaporkan menerima upah sebanyak RM20,000.

Sajat Niqah Di Mekah

  • Nur Sajat yang ketika itu sedang bersembunyi di Lembah Klang mula mencari jalan untuk keluar ke negara ini
  • Dia diperkenalkan kepada seorang lelaki yang mahir dengan selok-belok di kawasan sempadan dan bersetuju membayar RM20,000 sehingga selamat tiba di Bangkok
  • Lelaki ini dipercayai mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Thailand
  • Dengan bantuan lelaki itu, Sajat dibawa naik sebuah kenderaan dari Lembah Klang ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan tiba di Padang Besar, Perlis
  • Sajat dimasukkan ke gerabak kereta api barang dan berjaya lolos ke Padang Besar, Thailand bersama lelaki itu

Sempadan Padang Besar

Lelaki sama kemudiannya membawa Nur Sajat ke Hat Yai, Thailand. Dia (Nur Sajat) kemudiannya diserahkan kepada seorang lelaki yang membawanya hinggalah ke Bangkok, Thailand.”

Kita percaya Nur Sajat dan lelaki terbabit lolos ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Ketika ini kelonggaran diberikan untuk melakukan rentas daerah dan negeri. “Pihak berkuasa yakin dia lolos sebelum 18 Mac ketika PKPP kerana selepas itu (18 Mac) PKP kembali dikuatkuasakan.”

Saya tidak mahu ulas bagaimana dia boleh lolos di Padang Besar, Perlis ke Thailand walaupun ketika itu kita sudah edar gambar dia. Tetapi yang pasti, taktik dia adalah memakai purdah dan niqab hinggalah dia berjaya lolos ke sana dengan bantuan lelaki terbabit.”

Sumber itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada lelaki yang membantu Sajat meloloskan diri itu sudah dikenal pasti. Siasatan lanjut kini sedang dijalankan.

Baca: Sudah Ditahan & Dibebaskan, Sajat Mohon Kebenaran Pindah Ke Australia

Ft Sajat Ditahan Di Thailand

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.