Baru-baru ini viral boss besar Shell Malaysia turun padang jumpa sendiri dengan pelajar yang pakai baju Shell time ambil result SPM disekolanya.
Mungkin ramai yang masih tak tahu ‘big boss’ Shell atau nama sebenarnya Shairan Huzani Husain itu adalah merupakan Pengarah Urusan Shell Malaysia sejak daripada 2016. Info yang dipetik dari Careta.my ini ada serba sikit cerita pasal latar belakang beliau.

Ubat nyamuk Shelltox
Segalanya bermula daripada bekerja bersama Shell Chemical, yang menghasilkan produk ubat nyamuk Shelltox ketika itu.

Kemudian beliau dihantar oleh pihak syarikat ke India untuk meluaskan empayar perniagaan mereka.
“Pejabat pertama Royal Dutch Shell di India ialah sebuah bilik kecil di hotel Taj West End. Saya membeli empat kerusi, satu mesin faks dan meja yang saya pinjam dari hotel”
Tambah beliau, kalau dilihat lesen perniagaan Shell India, namanya masih kekal disitu, sehingga kini.

30 stesen minyak di India
Sepanjang empat tahun berada di sana, mereka telah berjaya membuka sehingga 30 stesen minyak di negara itu sebelum memutuskan untuk pulang ke tanah air.

Kerana kejayaannya mengemudi Shell di India itu, dia kemudiannya ditugaskan pula untuk menjaga rangkaian stesen minyak syarikat itu di serata dunia.
“Walaupun saya ditempatkan di Malaysia, saya perlu terbang ke serata dunia untuk tugas itu.”

Begitulah serba sedikit latar belakang pengarah urusan Shell Malaysia yang viral baru-baru ni. Tahniah juga diucapkan kepada adik yang baru mengambil keputusan SPM baru-baru ni. Tak minta boss besar biasiswa ke alang-alang dah bawak nama Shell tu.