in

Muka Tak Hensem & Suara Sumbang Punca Bintang Socmed Dicekup, Siap Disuruh Tandatangan Notis Minta Maaf

Hero Alom

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang bintang media sosial dilaporkan telah diberkas pihak berkuasa kerana wajahnya terlalu hodoh untuk menjadi penyanyi dan bersuara sumbang. Tidak cukup dengan itu, dia juga diminta menandatangani surat memohon maaf kerana ‘merosakkan’ satu lagi klasik yang dinyanyikannya.


Newspress Collage 23392666 1660087158675 E1660367183361

New York Post melaporkan, insiden pelik itu berlaku di Bangladesh dimana bintang media sosial yang dikenali sebagai ‘Hero’ Alom, 37, menceritakan dia ditahan di ibu pejabat polis selama lapan jam.

“Semasa saya dihujani soalan oleh peminat, ada orang tarik rambut saya dan tanya sama ada muka saya nampak macam hero atau tak,” katanya.

Alom yang mempunyai pengikut seramai dua juta orang di Facebook itu telah menyanyikan lagu klasik oleh pemenang Anugerah Nobel, Rabindranath Tagore dan penyair negara, Kazi Nazrul Islam.

Hero Alom E1660367248943

Sumber mengatakan pilihan lagu Alom telah membangkitkan kemarahan pihak berkuasa tempatan dan mereka juga telah menerima banyak aduan mengenai nyanyian Alom. Akibatnya, bintang media sosial itu telah diminta untuk meminta maaf atas nyanyiannya dan kerana memakai pakaian seragam polis dalam klip videonya.

Alom juga mendakwa pihak berkuasa tempatan ada mendesaknya untuk menukar nama kerana tidak mempunyai wajah sekacak hero. Pun begitu, polis menafikan dakwaan tersebut, malah mendakwa Alom hanya mahukan perhatian media.

Sumber: New York Today

Baca: “Ini mamat dah lebih2” – Aliff Syukri Naik Angin, Bakal Saman Penyanyi Kerana Posting Melampau?

Aliff Syukri Nak Saman Damien Sebab Cakap Memondan E1660366374806

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.