in

“Ini mamat dah lebih2” – Aliff Syukri Naik Angin, Bakal Saman Penyanyi Kerana Posting Melampau?

aliff syukri nak saman damien sebab cakap memondan e1660366374806

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Makin panas! Belum lagi selesai isu muzik video raya bertajuk ‘Kelepok Raya’ dari usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri yang kini mendapat perhatian MCMC dan pihak JAKIM, muncul pula satu isu baru.

Kali ini, usahawan tersebut katanya sedang berang selepas video muziknya telah mendapat kritikan seorang penyanyi semalam yang menurut Aliff agak keterlaluan.


Aliff

 

“Sila delete posting anda yang melampau” 

Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff meminta individu tersebut memadamkan posting berkenaan dalam tempoh 24 jam dan jika ia tidak dilakukan, dia akan menghantar surat saman terhadap penyanyi berkenaan.

https://www.instagram.com/p/Cc51MJevRAQ/

Aliff juga dilihat memuat naik perbualan WhatsAppnya dengan seorang peguam yang mana dia memberitahu bahawa dia mahu menyaman individu berkenaan.

Kalau saya nak saman dia secepat mungkin… berapa juta boleh saman dia?” 

lawywer

permohonan maaf

 

“Nak tumpang namalah tu” 

Tak cukup dengan itu, Aliff juga membuktikan bahawa kecaman yang diterima terhadap lagu tersebut tidak mematahkan semangatnya malah lagu itu juga sedang trending 9 hari berturut-turut nombor satu di Youtube.

trending 1

trending 2

Terdahulu, Lobak Merah ada melaporkan berkenaan penyanyi kumpulan V.E, Damian Mikhail telah mendakwa tujuan Aliff berbuat muzik video dengan unsur yang bercanggah dengan norma dan amalan masyarakat Malaysia kerana ingin ‘memondan’.

Posting berkenaan telah mendapat pelbagai komen daripada netizen termasuklah rakan artis yang turut memberi pandangan.

Tapi siapa yang si Aliff Syukri ni nak saman, wallahualam min pun tak pasti.

Baca: “Nak memondan je tu” – Damian Mikhail Dedah Motif Sebenar Lagu Raya Aliff Syukri?

collage 1 8

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.