in

Muhyiddin Yassin Nafi Dakwaan Curi Duit Parti, Tidak Bercadang Saman Tun Dr. Mahathir

Muhyiddin yassin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam sebuah video tular yang menuduh beliau mencuri wang parti dan menyimpannya di rumah sendiri.

Bekas Perdana Menteri ke-8 itu menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai satu tuduhan liar yang tidak berasas.


Dalam satu kenyataan di laman Facebook, Muhyiddin juga menegaskan beliau tidak pernah melakukan perbuatan mencuri wang parti seperti didakwa Tun Mahathir.

“Saya tidak pernah mencuri wang parti. Semua sumbangan kepada parti dimasukkan ke dalam akaun parti dan diurus secara telus oleh Bendahari Agung,” katanya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Artikel berkaitan: Pasport Menantu Muhyiddin Yassin Telah Dibatalkan – Kementerian Dalam Negeri

Artikel berkaitan: Polis Sahkan Dakwaan Menantu Muhyiddin Berada Di Luar Negara, Sedang Tunggu Maklum Balas Interpol

Menurut Muhyiddin, dakwaan tersebut berkemungkinan dibuat berdasarkan maklumat tidak benar yang disampaikan oleh pihak tidak bertanggungjawab kepada Tun Mahathir.

Beliau berkata, sebagai seorang negarawan, Tun Mahathir sepatutnya mendapatkan penjelasan daripadanya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan secara terbuka.

“Dalam banyak pertemuan saya dengannya, beliau tidak pernah membangkitkan perkara ini di hadapan saya. Oleh itu, menjadi tanggungjawab saya untuk menjelaskan perkara ini supaya tidak menimbulkan fitnah ke atas diri saya,” katanya.

Walaupun demikian, Muhyiddin menegaskan beliau tetap menghormati Tun Mahathir sebagai seorang tokoh dan orang yang lebih tua, selain mengakui hubungan mereka sebelum ini adalah akrab.

“Saya sendiri pernah menyokong usaha-usaha beliau untuk mewujudkan perpaduan orang Melayu. Justeru, saya tidak berhasrat untuk mengheret beliau ke mahkamah,” katanya.

Sumber: Facebook Muhyiddin Yassin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.