RHB Banking Group (RHB) menjelaskan bahawa kenyataan yang tular di media sosial dan dikaitkan dengan seorang kakitangannya merupakan pandangan peribadi individu berkenaan dan tidak mencerminkan pendirian rasmi pihak bank.
Dalam kenyataan itu, RHB menegaskan bahawa mereka komited mengekalkan tahap profesionalisme, integriti dan rasa hormat yang tinggi dalam setiap urusan, sama ada di tempat kerja mahupun di luar.
Artikel berkaitan: Netanyahu Mengamuk Dengan Menterinya Sebab Hina Arab Saudi Sampai Hampir Rebah
Artikel berkaitan: PMX Disenarai ‘Top 10’ Tokoh Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia
“RHB mengekalkan standard tertinggi profesionalisme, integriti dan rasa hormat dalam semua urusan kami sama ada di dalam atau di luar tempat kerja.
Kami memandang serius perkara ini dan sedang menjalankan siasatan dalaman yang menyeluruh.
Tindakan disiplin yang sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan Tatakelakuan Kumpulan,” tulisnya.
Insiden berkenaan tercetus apabila tular di media sosial mengenai seorang wanita, yang didakwa kakitangan RHB cawangan Kulim, Kedah, memuat naik gambar mengaibkan melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perkongsian itu menerima kecaman ramai yang menganggap tindakannya keterlaluan dan tidak sepatutnya dilakukan.
Wanita terbabit dalam satu hantaran di Facebook kemudiannya tampil memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri.

Dia turut memaklumkan bahawa hantaran tersebut sudah dipadam dan berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini bagi mengelakkan perkara sama berulang.
Sumber: Kosmo!
 
					 Syaziyah Sharif
							Syaziyah Sharif
					