in

MP Pembangkang Tak Matang? Boikot Keluar Dewan

Kj Last Man Standing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi yang masih tak tahu, Persidangan Penggal Pertama Parlimen ke-14 akan mulakan mesyuarat pertamanya hari ni lepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) bentuk kerajaan baru. Seramai 221 anggota Dewan Rakyat akan angkat sumpah dan seperti biasa, drama politik sudah pun tercetus awal pagi tadi! Opss!

Menurut Malaysiakini, hanya lepas beberapa minit je anggota parlimen duduk di kerusi masing-masing, anggota MP UMNO dan PAS tetiba melangkah keluar dewan kerana bantah dengan perlantikan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai speaker dewan. Eh apo kono pulak ni? 


Kecoh
sumber: bh

Walau bagaimanapun, menurut Twitter Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hanya bekas ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati saja yang tak sertai ahli pembangkang lain keluar dewan. Wow salute Abah KJ! 

37299980 1782804948434783 3367374412989857792 N
sumber: facebook
Dimxuppu8Aetyou
sumber: twitter

Boikot beramai-ramai ni bermula apabila MP Kota Baru, Takiyuddin Hassan (PAS) mengganggu pengumuman setiausaha Dewan Rakyat atas perlantikan Mohd Ariff sebagai speaker yang baru.

Beliau menjerit “Point of order!” berkali-kali dan menyoal kalau inikah sikap ‘Malaysia Baru’ yang memenangi PRU14 lepas. Takiyuddin jugak mendakwa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tak mematuhi syarat perlantikan speaker kerana tak usulkan nama calon speaker dalam tempoh dua minggu sebelum persidangan Parlimen bermula.

Walau bagaimanapun, tindakan membantah dan keluar dewan oleh sekumpulan MP pembangkang ni tak beri kesan langsung kepada perlantikan Mohamad Ariff sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baru.

Ariff
sumber: bh

Malah ketika kekecohan berlaku, Tun Dr Mahathir tak hiraukan bantahan tu dan terus membaca usul perlantikan Mohamad Ariff sebagai calon speaker. Usul tu pulak terus disokong TPM, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Okaayyy…

Tun M 2
sumber: bh

Mohamad Ariff kemudian dilantik sebagai speaker dengan diikuti majlis angkat sumpah. Dalam pada tu, parlimen jugak telah sahkan notis pencalonan speaker telah diterima pada 2 Julai lalu dan mematuhi syarat di bawah Perkara 27 Perlembagaan Malaysia, lapor Bernama.

Kalau tak bising, tak kontroversi… bukan Dewan Rakyatlah namanya kan? Harap-harap sikap tak matang MP pembangkang dapat dikurangkanlah. Kesian rakyat yang dah memilih. 

Baca: “UMNO masih pekak” – KJ 

Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.