in

MP Pakat Keluar Dewan Rakyat Ramai-ramai Masa Najib Tengah Bahas Belanjawan 2021

Collage 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semasa sidang Parlimen semalam, lebih 10 ahli parlimen telah keluar dari dewan sebagai tanda protes apabila bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mula bercakap tentang Belanjawan 2021.


Untuk pengetahuan korang, Najib telah dilantik sebagai pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) untuk membahaskan tentang Belanjawan 2021.

663C

Bercakap dengan FMT, Maria Chin sebagai salah seorang ahli parlimen yang keluar dewan rakyat tersebut mengatakan yang dia tak boleh menerima Najib masih diberikan peluang untuk berbahas di dalam Dewan Rakyat walaupun dia telah disabitkan kesalahan.

Najib diputuskan bersalah dalam kes rasuah. Tapi hari ini dia hadir sebagai pengerusi BNBBC, membahaskan Belanjawan 2021 macam tak ada apa-apa. Saya protes dan keluar! #NotMyNewNormal”

Manakala Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir turut menyatakan bantahannya terhadap jawatan yang dipegang oleh Najib di Twitter peribadinya.

Saya tak faham macam mana bekas PM yang dah disabit tujuh kesalahan salah guna kuasa, CBT dan Amla masih boleh bercakap tentang Belanjawan Negara di Parlimen! Norma baharu?”

Pun begitu, Maria Chin turut mendapat kritikan netizen yang mengatakan dia sepatutnya meluahkan bantahannya di Dewan Rakyat dan bukan keluar seperti itu.

Manakala Najib, dalam ucapannya semalam telah meminta kerajaan untuk menaikkan jumlah KWSP Akaun 1 yang boleh dikeluarkan ke RM10,000 dan panjangkan tempoh moratorium sehingga Jun 2021.

 

Baca: KWSP Akaun 1 : Tersalah Beri Lebih Elok Berbanding Tersalah Nafi Bantuan – Najib Razak

Screenshot 2020 11 11 At 6.28.54 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.