in

KWSP Akaun 1 : Tersalah Beri Lebih Elok Berbanding Tersalah Nafi Bantuan – Najib Razak

Nr3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu pengeluaran KWSP akaun 1 masih hangat diperbincang oleh kerajaan dan warganet. Masing-masing memberikan cadangan.


Sebelum ini bekas perdana menteri Malaysia, Najib Razak telah menggesa kerajaan untuk pertimbangkan semula cadangan pengeluaran KWSP akaun 1 susulan kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan sukar bagi pihak kerajaan untuk meluluskannya bimbang ia akan mendatangkan masalah yang lebih besar di masa hadapan.

Tampil beri respon, Najib Razak pagi tadi menjelaskan di laman facebook peribadinya, terdapat beberapa negara lain yang telah meluluskan pengeluaran simpanan hari tua.

 

“Antara negara-negara yang telah meluluskan atau menggalakkan pengeluaran wang dari tabung usia tua untuk pencarum terdesak pada masa Covid termasuk Australia, Iceland, Peru, Chile Portugal, Sepanyol, United Kingdom dan Amerika Syarikat.”

 

Malah, ada yang sudah diluluskan untuk pengeluaran kali kedua.

Bagaimanapun katanya, terdapat syarat yang diletakkan. Pencarum perlu mengemukakan bukti bahawa mereka betul-betul hilang sumber pendapatan atau keadaan kewangan mereka sudah kritikal.

Jika alasan diberi pencarum ialah untuk bayar deposit bagi X50 sebab kereta itu lawa atau nak beli iPhone 12, mereka akan terus bakulsampahkan permohonan.”

Nr5

Sebuah kerajaan yang prihatin perlu lebih fokus kepada mencari jalan untuk memulihkan dan menambah simpanan usia tua golongan terdesak selepas krisis Covid berakhir – bukan untuk menafikan hak pencarum untuk mengakses wang simpanan mereka pada masa mereka paling terdesak.”

 

Syarat tak perlu terlalu ketat

Ada yang bertanya, bagaimana pula pencarum yang tipu untuk keluarkan simpanan mereka walaupun bukan dalam keadaan terdesak? In respon beliau.

“Ini seperti prinsip saya untuk BR1M yang dulupun pernah disalahberi kepada orang yang tidak layak.”

Untuk mendapat kepastian 100% adalah tidak mungkin. Ianya lebih elok jika ada segelintir yang tersalah beri berbanding tersalah nafi bantuan kepada seorang yang amat memerlukan bantuan.”

Nr6

“Sebab itu, syarat pengeluaran tidak perlu terlalu ketat atau rumit jika skim pengeluaran ini diluluskan kerajaan PN.”

Semoga jalan terbaik dilaksana.

 

Baca : “Beri kelonggaran kepada yang terdesak” – Netizen Sokong Cadangan Najib Razak Beri Pengeluaran One-Off KWSP Akaun 1

Najib9

Sumber: blog
Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.