Pagi tadi, sekitar jam 8.34 pagi, telah berlaku satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal dan kereta jenama Tesla berwarna merah. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kejadian itu berlaku di mana.
Tesla tukar lorong, penunggang motor tak puas hati
Menerusi satu hantaran video dashcam yang dimuat naik oleh @dellidrus di X, sebuah kereta Tesla sedang menukar dari lorong tengah ke lorong kiri. Dalam pada itu, sebuah motosikal dari arah belakang sedang melalui lorong kiri itu.
Artikel berkaitan: “Dua-dua panas baran” – Kereta Honda & Waja Berhimpit Atas ‘Highway’ Sampai Kemalangan
Artikel berkaitan: Penunggang Motosikal Melambung Setinggi Tiang Lampu Maut Lepas Dirempuh Kereta Di Muar
Walaupun pemandu Tesla itu sudah memberi lampu isyarat, penunggang motosikal berkenaan mungkin terkejut kerana dia hampir digesel oleh kereta tersebut.
Kejadian pagi tadi. Tesla dgn sengaja langgar motor. Kenapalah jahat sangat mcm setan niiii 😭 pic.twitter.com/Kvc8PWCaqu
— President of Tired Moms' Club (@dellidrus) May 13, 2024
Motor pukul side mirror Tesla
Berang dengan tindakan pemandu kereta itu, penunggang motosikal terus memukul cermin sisi belah kiri kereta berkenaan. Tanpa berfikir panjang, pemandu kereta elektrik tersebut terus merempuh motosikal itu ke penghadang tepi sehingga dia jatuh ke jalan raya.
Bagaimanapun, pemandu kereta tersebut terus meluncur laju dan meninggalkan penunggng motosikal itu.
Video berdurasi 18 saat itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen di X. Rata-rata daripada mereka menyalahkan penunggang motosikal kerana menjadi punca kemalangan itu berlaku.
Selain itu, ada netizen berpendapat kedua-dua mereka salah kerana tidak dapat bertolak ansur daripada awal.
Disebabkan kes sebegini banyak berlaku sejak dahulu lagi, ada netizen menyarankan supaya kelas memandu juga mengajar tentang cara untuk mengawal kemarahan ketika berada di jalan raya.
Bila jadi macam ni.. kan susah..
Sumber: X