in

MOTAC Kongsi Senarai Syarikat Pelancongan Yang Tidak Berlesen, Bekas Isteri Da’i Farhan Pun Tersenarai?

Erhoui

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita cerita mengenai syarikat agensi pelancongan ini, sudah tentu kita terus terfikir beberapa pakej percutian yang ditawarkan dengan harga berpatutan sama ada di dalam negara mahupun luar negara.


Selalunya kalau yang inginkan percutian santai ataupun sudah berkeluarga pasti akan mencari agensi-agensi ini untuk memudahkan urusan perancangan perjalanan mereka dan tidak perlu bersusah-payah untuk merancang sendiri itinerari.

Namun, pengguna juga seharusnya berhati-hati dalam memilih syarikat agensi pelancongan agar tidak menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan.

MOTAC ambil langkah proaktif senaraikan syarikat tak berlesen

Untuk mengelakkan kes-kes penipuan berlaku, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah mengambil inisiatif dengan menyenaraikan entiti syarikat pelancongan yang telah melanggar Akta Industri Pelancongan 1992 di media sosial dan laman portal rasmi.

Menurut hantaran tersebut, terdapat 20 senarai nama syarikat pelancongan yang dikatakan tidak berlesen dan telah melanggar akta tersebut. Antara syarikat yang terpapar di dalam hantaran tersebut adalah Kemonla Malaysia, Legitt Travel dan Rosma Ali.

Di laman portal rasmi MOTAC pula boleh dilihat banyak rupanya syarikat yang tidak berlesen beroperasi di Malaysia iaitu sebanyak 197 syarikat. Peh gila!

Screenshot 2022 09 07 At 3.21.20 Pm

Dapat reaksi netizen, akaun Instagram bekas isteri Da’i Farhan pun tersenarai

Hantaran tersebut mendapat reaksi ramai netizen dimana rata-rata daripada mereka memuji tindakan MOTAC menyenaraikan agensi-agensi tersebut agar pengguna lebih berhati-hati selepas ini dengan membuat pemeriksaan terlebih dahulu laman portal.

Screenshot 2022 09 07 At 3.06.08 Pm

Lebih menarik perhatian apabila ada netizen yang terperasan akaun Instagram bekas isteri Da’i Farhan (Dr Holisw) pun tersenarai sekali dalam entiti syarikat yang tidak berlesen. Alamak apa kes pula ini?

Screenshot 2022 09 07 At 3.13.36 Pm

Screenshot 2022 09 07 At 3.14.06 Pm

Bagus juga inisiatif MOTAC ini! Min harap dengan adanya ruangan ini, pengguna boleh ambil langkah awal ye supaya duit tak lesap begitu sahaja.

Baca: Pengarah Agensi Pelancongan Mengaku Tak Bersalah Kes Hampir 400 Bakal Jemaah Haji Terkandas Di KLIA

Screenshot 2022 09 07 At 3.19.35 Pm

Sumber: Portal
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.