in

“Money is happiness” – Pegangan ‘Kejar Harta’ Ini Akan Jadi Betul Kalau Korang Amalkannya Dengan 4 Cara Ini

Dah nak masuk tahun baru ni, selain nak kurus, mesti korang tekad nak kumpul duit banyak-banyak kan? Ya lah, ada duit mesti kita akan happy, boleh buat macam-macam dan paling penting lagi, memudahkan kita kalau ada sebarang kecemasan. Bagi min duit sahaja boleh buat kan kita bahagia.

Tak setuju? Itu pendapat masing-masing, tapi bagi admin, kalau kita gunakan duit itu dengan untuk buat perkara-perkara ini, memang ia akan menjamin kebahagiaan seseorang. 

 

1. Lunaskan hutang jika ada 

Kalau korang ada hutang dengan kawan, hutang komitmen bank, atau dengan ahli keluarga walaupun sedikit. Cuba bayar semula, secara ansuran pun tak apa, tak kisah lah sekecil mana pun jumlahnya.

Lepas langsai, min guarantee hati korang akan tenang, otak pun dah tak terbeban fikir hutang dan dada korang akan rasa lapang.

 

2. Ringankan tangan belanja kawan

Ada duit lebih tu, ringan-ringanlah sikit belanja kawan, percayalah akan ada ‘pulangan’ yang korang dapat. Mungkin bukan dalam bentuk duit, tapi dalam bentuk kebahagiaan, Bila keluar ayat “thank you belanja weh, murah rezeki kau” daripada mulut kawan korang itu dah satu doa tau.

 

3. Jangan kedekut dengan mak ayah sendiri

Haa ini paling penting! Kecil mana pun gaji korang, tolong asingkan untuk mak ayah! Sebulan RM50 cukup lah. Berkat tu! Walaupun mereka tak minta, bagi je! Jangan anggap berikan kepada ibu ayah itu satu bebanan, biarkan mereka rasa hasil titik peluh kita.

Kita kumpul duit banyak-banyak, boleh pula beli barang mahal keluar dengan kawan, tapi berkira dengan ibu bapa yang dah banyak berkorban untuk besarkan kita. Memang makin sempit lah kita nanti. Ambil berkat dan rezeki pun makin dekat.

 

4. Bayar Zakat!

Ini paling penting sekali! Pernah dengar “Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain kita kena kongsikan?”. Pokok pangkalnya dalam mencari rezeki itu, kita kena dapatkan keberkatannya.

Cuba korang boleh hadamkan perkongsian daripada CEO, Lembaga Zakat Selangor, Haji Saipolyazan M. Yusop kat bawah ni.

Allah SWT berfirman bermaksud:

“Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan mensucikan mereka (daripada akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah at-Taubah, ayat 103).

Zakat ini sebenarnya adalah ‘investment’ paling bagus yang korang tak pernah nampak! Yakinlah bahawa zakat ini tidak akan mengurangkan harta seseorang. Malah, akan bertambah keberkatan dan kesuburan harta si pemiliknya.

Pendek kata, penangan membayar zakat ini memang hebat! Cuma korang nampak atau tidak je!

 

Zakat hanya untuk orang kaya?

Terlebih dahalu min nak perjelaskan sedikit pasal zakat ni. Umumnya, zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu, Zakat Fitrah & Zakat Harta.

Zakat Fitrah :

Zakat yang dikeluarkan pada bulan Ramadhan dan diwajibkan sebagai penyucian dari perkataan-perkataan keji dan buruk yang mereka lakukan sewaktu bulan puasa. Selain itu Zakat Fitrah menjadi makanan untuk orang-orang yang miskin.

Zakat Harta :

Zakat ini diwajibkan apabila sudah mencapai nisab (mencapai jumlah tertentu) dengan kadar tertentu terhadap sesuatu ‘harta’ tersebut.

Jadi, pandangan bayar zakat masa bulan puasa je kan? Iaitu Zakat Fitrah, kalau nak bayar Zakat Harta tu mesti kena orang gaji tinggi banyak sumber pendapatan kan?

Salah, untuk pengetahuan, Zakat Harta ini terbahagi kepada kepada beberapa jenis iaitu:

  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Wang Simpanan
  • Zakat Emas & Perak
  • Zakat Pelaburan & Saham
  • Zakat KWSP
  • Zakat Tanaman/Padi
  • Zakat Penternakan
  • Zakat Takaful
  • Zakat Harta Galian dan Harta Karun

So, i-lestari yang korang keluarkan setiap bulan tu kena bayar zakat tau!

Sebenarnya bayarannya bukanlah mahal mana pun, ia bergantung juga kepada pendapatan korang. Secara ringkasnya, min boleh jelaskan hanya 2.5% sahaja daripada jumlah income korang yang perlu dibayar!

 

Tak tahu macam mana nak bayar? 

Korang boleh tunaikan zakat menerusi online ataupun e-wallet! Jadi, tak ada alasan untuk korang tak tunaikan zakat sebab zaman sekarang dah mudah!

Ataupun, korang boleh daftar di website dari Lembaga Zakat Selangor sendiri iaitu EZO (e-zakatonline). Kat situ korang boleh pilih sendiri jenis zakat apa yang nak dibayar.

Psst! Korang nak menang hadiah tak? Lembaga Zakat Selangor nak berikan 20 pemenang bertuah hadiah istimewa! Mudahnya je, korang hanya perlu daftar di SINI dan buat pembayaran disitu tau! 

Macam mana nak menang Voucher Setel Bernilai RM50?

  • Lepas korang dah daftar dan buat pembayaran
  • Jawab soalan-soalan ni
  • Kepilkan resit pembayaran dekat dalam form bawah ni.

KLIK DISINI UNTUK JAWAB QUIZ

 

Dapat perlepasan LHDN!

Bagi mereka yang gajinya dah kena bayar cukai, pembayaran zakat ini juga boleh dapat perlepasan cukai penuh daripada LHDN! 

Jadi, dah musim hujung tahun apa kata korang ‘tapau’ habis-habis untuk bayar zakat bagi dapat perlepasan cukai. Lebih-lebih lagi Lembaga Zakat Selangor kini ada melancarkan Kempen MY2.5 sekarang.

 

So, money is happiness kan? Jadikan harta dunia kita sebagai saham untuk akhirat.

Sumber: mStar Online
Sumber: Pexels
Sumber: EZO
Sumber: Google Play