in

Mohon Maaf Sebab Jalan Sesak Akibat Penutupan Jalan, Tok Mat Cadang ‘WFH’ & PdPR Ketika ASEAN Summit Nanti

ft tok mat pdpr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan agar melaksanakan mod kerja dari rumah (WFH) dan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika Sidang Kemuncak ASEAN pada Mei dan Oktober depan, dan cadangan ini akan dibawa ke perhatian Kabinet.

Jelas beliau lagi, cadangan tersebut tercetus ekoran dengan keluhan rakyat terhadap kesulitan akibat penutupan jalan ketika lawatan Presiden China Xi Jinping ke Malaysia terutamanya kepada mereka yang tinggal di Kuala Lumpur dan Putrajaya.


Artikel berkaitan : Ramai Merungut Banyak Jalan Ditutup Sempena Lawatan Presiden China, Bekas Pegawai Polis Kongsi Sebabnya…

Artikel berkaitan : Bakal Digunakan Ketika Lawatan Rasmi Di Malaysia, Ini Fakta Tentang Kenderaan Rasmi Presiden China

“Saya ingin mencadangkan kepada Kabinet supaya kakitangan jabatan yang berkenaan boleh bekerja dari rumah, dan sekolah pula boleh menjalankan PdPR untuk mengurangkan kesesakan serta kesulitan dihadapi rakyat, terutamanya di Lembah Klang dan Kuala Lumpur.”

“Jadi, saya juga ingin memohon maaf kepada semua yang terkesan dengan penutupan jalan ketika lawatan Xi.”

@teamtokmat

Hebat Tok Mat merendah diri mohon maaf bagi pihak kerajaan sebab jalan ditutup. Siap akan bawa ke kabinet untuk bagi WFH/PDPR pada sidang ASEAN Summit nanti bagi elakkan perkara sama berulang. Pemimpin yang brilliant!

♬ original sound – TeamTokMat – TeamTokMat

Sebelum ini beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada Xi bersama delegasinya yang bakal berlepas ke Kemboja selepas 3 hari lawatannya ke Malaysia.

Oleh sebab itu, ada beberapa laluan di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya telah ditutup sepenuhnya atau dilencongkan secara berperingkat sepanjang 15 hingga 17 April itu untuk beri laluan kepada pergerakan rasmi sempena lawatan negara Xi.

Biarpun penutupan laluan itu untuk melancarkan dari aspek logistik dan keselamatan telah dimaklumkan lebih awal, ia mengundang keluhan daripada pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan teruk.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.