in

“Mohon hantu sebenar take over kerja” – Polis Jumpa ‘Hantu Santa Claus’ Ucap Terima Kasih

Combine Hantu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu viral di Facebook mengenai satu makhluk yang menyerupai seperti ‘hantu santa claus’ bediri di atas van. Makhluk itu ialah seorang lelaki yang dikenali sebagai Urabil menyamar menjadi hantu untuk mengusik remaja yang berada di sekitar kawasan perumahannya supaya tak berkeliaran waktu malam pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni.


Terbaru, Urabil didatangi pasukan polis yang lengkap berpakaian operasi daripada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kemaman di kediamannya. Pihak polis bertanya mengenai tindakannya yang memakai pakaian seperti lembaga putih untuk menakutkan remaja supaya tak berkeliaran pada waktu malam, lapor Harian Metro.

Polis menyuruhnya untuk memakai semula pakaian dan topeng watak Gandalf tu, rupa-rupanya just nak cakap terima kasih dan ajak bergambar sebab dah bantu pihak polis untuk menggalakkan orang ramai duduk dalam rumah waktu PKP ni.

Lembaga Putih 1585738815

Pada awalnya dia berasa bimbang dengan kehadiran polis ke kediamannya tapi dia berasa lega sebab tau apa tujuan sebenar polis tu datang ke rumahnya.

Dia cukup lega kerana tindakannya itu dihargai oleh pihak polis dan sekaligus terharu kerana ia datang daripada barisan frontliner yang bertugas waktu PKP ni.

Menurutnya, jumlah remaja yang berkeliaran pada waktu malam di kawasan perumahannya itu berkurang selepas gambarnya viral di media sosial.

Majoriti mengatakan sepatutnya dia perlu reveal kewujudannya yang sebenar selepas tempoh PKP supaya orang ramai tak tahu yang ‘hantu santa claus’ tu helah semata-mata.

Tapi, mereka juga suka dengan tindakan yang dilakukan oleh Urabil sebagai inisiatif untuk buat ramai lagi orang duduk rumah.

Habislah dah terbongkar rahsia

F1

Kenapa tunjuk muka dulu.. belum tamat tempoh PKP

F2

Baca : “Tu bukan hantu’ – Lelaki Dedah Motif Sebenar ‘Hantu Santa Claus’ Berdiri Atas Van

Hantu

 

Sumber: Harian Metro
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.