in

Model 22 Tahun Bunuh Diri Lepas Teman Lelaki Paksa Gugurkan Kandungan Beberapa Kali

Pregnant 22Yo Girl Kills Herself After Boyfriend Forces Her To Go For Abortion Twice World Of Buzz 6 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang jumpa lelaki tak guna macam ni, cepat-cepat jauhkan diri! Kisah pasangan bercinta dan bergaduh tu kita dah biasa sangat dengar, tapi apa yang jadi antara pasangan ni jauh lebih teruk.


Menurut WORLD OF BUZZ, seorang wanita berusia 22 tahun di Xihu, China baru saja membunuh diri gara-gara tak tahan teman lelaki memaksa dia menggugurkan kandungan beberapa kali.

Pregnant 22Yo Girl Kills Herself After Boyfriend Forces Her To Go For Abortion Twice World Of Buzz 4
sumber: china press

Baru enam bulan bercinta 

Wanita bernama Li Yingying merupakan seorang model dan bercinta dengan lelaki bernama Pan Yue sejak enam bulan lalu. Pada awalnya Pan nampak macam seorang yang baik dan pernah bertemu ibu Li.

Dia juga meyakinkan ibu wanita itu yang dia mampu menjaga Li dengan baik. Tidak lama selepas itu, Li dapat tahu yang dia mengandungkan anak Pan dan maklumkan berita tersebut kepada lelaki tersebut.

Pregnant 22Yo Girl Kills Herself After Boyfriend Forces Her To Go For Abortion Twice World Of Buzz 3
sumber: sydney today

“Kita masih terlalu muda untuk ada anak”

Bila tahu saja pasal kandungan Li, Pan meyakinkan wanita tu untuk gugurkan kandungan. Alasannya, mereka masih terlalu muda untuk ada anak. Lelaki tak guna ni jugak janji akan kahwin dengan Li kalau dia pregnant sekali lagi.

Tak lama lepas gugurkan kandungan, Li dapat tahu yang Pan curang dengan beberapa orang wanita. Sedih dengan hal ni, Li decide untuk putuskan hubungan dengan Pan. Tapi lepas tu dia dapat tahu yang dia mengandung lagi sekali lepas dump Pan. Adooiii.

Pregnant 22Yo Girl Kills Herself After Boyfriend Forces Her To Go For Abortion Twice World Of Buzz 5
sumber: sydney today

Dua kali gugurkan kandungan dalam tempoh 3 bulan

Nak tak nak, Li terpaksa la maklumkan pasal ni kat Pan. Tapi Pan beritahu yang dia tak akan kahwin dengan Li walaupun sebelum ni dia pernah janji. Katanya dia cuma boleh beri duit je sebagai pampasan.

Tak sampai tiga bulan lagi lepas gugurkan kandungan yang sebelum ni, this time Li mungkin kena hadapi benda sama. Tak tahan dengan tekanan, Li ambil keputusan untuk bunuh diri dengan bakar arang dalam bilik.

Pregnant 22Yo Girl Kills Herself After Boyfriend Forces Her To Go For Abortion Twice World Of Buzz
sumber: sydney today

Pan tak tunjuk tanda penyesalan, masih berseronok

Lepas dapat tahu pasal ni, ibu Li sedih sangat tapi Pan tak tunjukkan sebarang tanda yang dia menyesal atas apa yang jadi. Dia siap cakap kat kawan-kawan yang dia tak ada plan nak settle down buat masa ni dan masih seronok main perempuan.

Bukan Pan je macam ni, tapi mak dia pun sama jugak rupanya. Tak kisah langsung pasal kematian Li, mak Pan beritahu yang anak dia tak ada kaitan dengan Li dan masih dalam proses nak pilih wanita mana untuk dijadikan pasangan. Teruknya!

Pregnant 22Yo Girl Kills Herself After Boyfriend Forces Her To Go For Abortion Twice World Of Buzz 2
sumber: sydney today

Lepas ibu kongsikan pasal ni kat laman sosial, ramai terkejut dengan sikap Pan yang tak bertanggungjawab sampai boleh sebabkan kematian orang lain. Korang kalau jumpa lelaki macam ni, angkat kaki cepat-cepat tau!

Baca: Gadis Nekad Bunuh Diri Selepas Ibu Abaikan Aduannya Dicabul Bapa Beberapa Kali

Ook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.