Baru-baru ini, tular di media sosial tentang kejadian penduduk yang ‘membela’ buaya yang dijumpainya, kerana percaya buaya itu adalah kembar manusia.
Kemunculan buaya itu pertama kali dilihat di Sungai Tallo Makassar, Indonesia pada 11 November, Rabu lepas.
Menurut Makassar Info, buaya itu telah dikerumuni oleh penduduk di sekitar pinggiran Sungai Tallo Makassar apabila ia muncul di sungai itu kira-kira pukul 1 tengah hari waktu tempatan.
‘Selamba’ usap buaya, percaya buaya jadian
Seorang wanita dan seorang lelaki dikatakan telah menghampiri buaya yang berjaya ditangkap oleh penduduk itu. Bukan itu sahaja, mereka dilihat ‘selamba’ mengusap belakang tubuh ‘si Bedal’ itu tanpa rasa takut.
Menurut saksi, Tenri yang berusia 20 tahun, penduduk sekitar percaya buaya tersebut merupakan buaya ‘jadian’ dimana ianya mempunyai kembar manusia. Kepercayaan mereka itu dikukuhkan lagi apabila buaya itu hanya duduk diam ketika dibelai dan diusap serta tidak ‘mengamuk’ apabila dikerumuni oleh orang ramai.
Ikutkan logik, mana ada buaya yang diam apabila didekati manusia.
Anggap buaya itu ahli keluarga
Si wanita dan lelaki yang ‘syok’ membelai buaya itu juga turut memberitahu semua bahawa buaya itu merupakan ahli keluarga mereka.
Wanita itu menangis sambil mengusap buaya. Manakala yang lelaki pula melutut kesedihan berhampirannya.
Awalnya disangka ikan, dipukul nelayan sehingga cedera
Buaya yang diselamatkan penduduk itu pada awalnya disalah sangka sebagai ikan oleh nelayan yang lalu di sungai itu.
Nelayan itu sempat memanah dan memukul haiwan pemangsa itu dengan batang kayu sehingga mengalami luka dan kecederaan pada kulitnya.
Saksi yang dikenali sebagai Bripka Kazim mengatakan buaya yang dianggap ‘kembar manusia’ itu pada awalnya muncul pada 10 November, hari Selasa sekitar pukul 10 malam waktu tempatan.
Penduduk yang melihat buaya itu kemudiannya telah menyebarkan berita itu sehinggalah buaya itu berjaya ditangkap pada keesokan harinya.
Bawa ‘Si Bedal’ pulang ke rumah
Buaya itu kemudiannya dibawa pulang ke rumah salah seorang penduduk yang dikenali sebagai Muliadi untuk dipertemukan dengan individu yang mengaku sebagai keluarga kepada buaya tersebut.
Tambah Bripka Kazim lagi, dia ada meminta supaya buaya itu diletakkan ke dalam sangkar untuk tujuan keselamatan, namun penduduk di situ menolak cadangan itu gara-gara ia dianggap mempunyai ‘kembar manusia’.
Lelaki itu terpaksa bersetuju dengan penduduk tempatan gara-gara ingin menghormati kepercayaan mereka.
Siap dialas dengan tilam serta diselimutkan
Bukan setakat dibiarkan bebas tanpa sangkar, malah buaya itu telah diletakkan di ruang tamu rumah dan siap dilapik dengan tilam dan bantal sebagai alas untuk buaya itu ‘duduk’.
Malahan, buaya itu juga siap diselimutkan dari hujung ekor sehingga ke kepala sambil dikelilingi oleh orang ramai di tengah ruang tamu rumah itu.
Kejadian ‘aneh’ yang tular ini berjaya meraih perhatian netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan penduduk kampung itu yang dikatakan ‘kuno’ dan masih percaya kepada mitos dan benda khurafat.
“Nak ketawa tapi takut dosa” – Netizen
Untuk pengetahuan korang, penduduk di Pulau Sulawesi khususnya Sulawesi Selatan, mereka masih percaya dengan mitos bahawa adanya keluarga dari kembar buaya atau anak yang dilahirkan, salah satunya akan berubah menjadi buaya.
Dah macam bayi dibuatnya buaya tu. Sekali dia ngap, berterabur lari.