Mak ai besarnya buaya!
Macam tak percaya tapi itulah yang dihadapi oleh sekumpulan pasukan Bomba dan Penyelamat apabila mereka ditugaskan untuk membantu menangkap seekor buaya tembaga yang dikatakan tersesat dekat belakang longkang Sekolah Kebangsaan (SK) St Edmund Limbang, Sarawak.
Menurut Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat, khidmat khas yang dilakukan mereka untuk membantu pihak forestry Limbang malam tadi telah berjaya menangkap seekor buaya tembaga yang panjangnya 15 kaki 10 inci dan seberat 800kg yang terperangkap di dalam longkang tersebut.
https://www.facebook.com/BombaMalaysia.syed/posts/10157826179616762
Susulan penangkapan tersebut, buaya itu katanya telah dipindahkan oleh Pasukan Bomba dengan bantuan forklift pagi ini untuk seterusnya dihantar ke tempat Penyimpanan Sarawak Forestry Corporation (SFC) sementara di Kubong.
Proses pemindahan itu juga disaksikan penduduk di kawasan tersebut yang terkejut melihat betapa panjang dan besarnya buaya tersebut. Takut budak-budak kalau tengok!
https://www.facebook.com/BombaMalaysia.syed/posts/10157828289401762
Posting daripada pihak bomba ini telah mendapat pujian orang ramai akan keprihatinan dan bantuan mereka dalam menangkap haiwan reptilia yang ganas tersebut.
Syabas pihak bomba!
Baca: Bomba Usung Wanita 104kg Selepas Mangsa Alami Sesak Nafas Semasa ‘Hiking’