in

Mirror Selfie Usai Menonton KKN Di Desa Penari Undang Tragedi, ‘Badarawuhi’ Muncul Di Cermin?

Cats 17 E1659143958814

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Filem bergenre seram yang berjaya kebiasaannya mampu membuat para penonton terbayang-bayang akan sosok hantu yang ditayangkan.


Namun, bagaimana pula jika hantu tersebut benar-benar muncul selepas anda menonton filem?

Nampak entiti di cermin

Pengalaman pelik ini dialami oleh seorang pengguna TikTok (@mangocheesepearl) bersama rakannya ketika baru sahaja habis menonton filem KKN di Desa Penari di Indonesia.

Jelas wanita ini, dia melakukan ‘mirror selfie’ bersama rakannya di tandas, apabila dia menyedari sesuatu yang ganjil berlaku.

1 9

Dalam video yang dimuat naik, pantulan cermin di dalam tandas memperlihatkan seorang wanita berambut panjang mengenakan busana berwarna merah terang.

Wanita di cermin tersebut ternyata menimbulkan persoalan buat dua sekawan ini, memandangkan tiada siapa yang berada di hadapan cermin tersebut.

Lebih seram, wanita berbaju merah itu nampak seolah-olah bukan manusia memandangkan mata, hidung dan mulutnya agak sedikit pelik.

@mangocheesepearl

wallahualam #kkn #kkndesapenari #kkn2022 #kknuncut

♬ Breakbeats Bang Jono – SZ.Bowo??

Komen warganet

Video ini ternyata tular di TikTok dan mendapat perhatian ramai warganet. Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet bersetuju wanita berbaju merah itu bukanlah seorang manusia.

Ada juga yang mempersoalkan tiada bayang-bayang di lantai tandas meskipun diterangi lampu, menguatkan lagi teori bahawa wanita tersebut bukanlah manusia.

Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat itu ialah manusia dan wajahnya kelihatan pelik kerana kualiti gambar yang membuatkan ia kelihatan teruk dan pelik.

Apa pendapat anda?

Kredit: Celebrities id

BACA: Berdasarkan Kisah Benar Pada 2009, Ini Lokasi Asal KKN Di Desa Penari Yang Diteka Warga Indonesia

Cats 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.