Disebabkan banyak tohmahan yang dilemparkan kepada pendakwah PU Amin kerana tindakan seorang wanita yang berpakaian menjolok mata kongsikan gambar bersamanya, wanita tersebut Nadira Isaac tampil memohon maaf kepada PU Amin secara terbuka di Instagram.
Kata Nadira, dia kongsikan gambar itu adalah kerana menjadi satu kebiasaannya untuk kongsikan segala-galanya di Instagram.
Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada PU kerana tercalit dengan isu ini. Tujuan berkongsikan gambar itu adalah kebiasaan saya untuk posting di IG, sama seperti posting-posting sebelum ini. Tapi mungkin kali ini saya akui kesilapan saya.”
Akui silapnya, Nadira telah memadamkan foto tersebut di Instagram. Namun begitu, Nadira dengan hati yang terbuka mengalu-alukan untuk mengajak lagi PU Amin untuk memberikan tazkirah kepadanya dan rakan-rakan di pejabatnya jika diberi peluang.
“Saya nak berterima kasih kepada PU kerana sempat memberikan tazkirah yang sangat berguna kepada tetamu saya rasa pendekatan tazkirah PU sangat sesuai kerana saya banyak kawan dari golongan LGBT sedikit sebanyak mampu mendekati diri saya dan rakan-rakan.
Saya juga telah memadam posting itu kerana menghormati PU Amin, saya sekali lagi memohon maaf kepada semua yang tersinggung terutamanya PU sendiri dan juga orang yang melihat posting itu.”
Tambahnya lagi, dia akan berusaha untuk memperbaiki diri pada masa akan datang. Dalam masa yang sama Nadira juga berharap agar orang ramai mendoakannya kembali ke pangkal jalan.
https://www.instagram.com/tv/CN35FfsJ-uV/?igshid=1fee7pkjqb8p3
Baca : “Takkanlah bila orang nak bergambar saya nak kata ‘tak boleh, awak ahli neraka’?”- PU Amin