Semalam, tular beberapa foto yang menunjukkan Pencetus Ummah (PU) Amin sedang bergambar dengan dua orang wanita berpakaian seksi dan menampakkan aurat dalam satu majlis berbuka puasa diadakan pada bulan Ramadan.
Menerusi gambar yang dikongsikan oleh seorang wanita bernama Nadira, PU Amin dilihat diapit oleh dua wanita yang memakai dress berwarna putih.
“Tak reti jaga air muka sendiri, jagalah air muka ustaz tu sikit”
Gambar di Instagram tersebut kemudian mendapat kecaman bertubi-tubi daripada netizen yang merasa tidak sesuai empunya gambar berkongsi foto tersebut di bulan Ramadan yang mulia ini.
Tambahan pula gambar tersebut seperti memberi gambaran buruk kepada PU Amin seakan-akan dia tidak kisah dengan penampilan dua wanita terbabit yang ternyata kurang enak dipandang ramai.
“Betul, pakaian mereka tidak menutup aurat tapi…” – PU Amin
Susulan viral isu tersebut, memetik laporan Utusan Online, PU Amin, 31, menganggap perkara tersebut tiada salahnya memandangkan dia tidak berpelukan ataupun menyentuh wanita-wanita itu.
Malah PU Amin sedar gambar yang dirakam pada malam Sabtu dekat sebuah hotel terkemuka di ibu kota ini juga akan dimuat naik ke laman sosial serta menerima kecaman netizen.
Betul, pakaian mereka tidak menutup aurat. Tapi tak akanlah bila orang nak bergambar saya nak kata ‘tak boleh, awak ahli neraka’? Samalah juga jika ada golongan mak nyah yang nak bergambar, tak akan saya nak cakap begitu?
“Orang perli dan sindir saya senyum dalam gambar itu. Habis, dah namanya ambil gambar, tak akanlah saya nak buat muka marah pula?
“Pula itu, ada kalangan warganet yang komen itu sengaja jadikan ia bahan perbalahan parti politik pula,” jelasnya.
Kehadiran PU Amin pula ke majlis berbuka puasa itu hanyalah sebagai tetamu jemputan untuk membacakan doa selain beri tazkirah maghrib sebelum pulang untuk tunai tanggungjawab sebagai imam di sebuah masjid.
“Sebelum pergi pun, saya dah bincang dengan isteri dan rakan-rakan. Semua kata ini peluang untuk berdakwah dan itulah yang saya lakukan semasa berada di majlis berkenaan.
“Depan-depan saya cakap semasa beri tazkirah kepada semua tetamu yang hadir. Saya sentuh mengenai topik pematuhan pakaian, sensitiviti di bulan Ramadan, kuasa dan keampunan Allah SWT, semua nampak gembira dan menerima baik bila dengar ceramah saya.
“Selama ini orang asyik kata saya cuma cakap dan nasihat orang dalam Facebook saja, bila saya turun padang macam ini dan bukannya cuma berada di surau atau masjid, pun kena kecam juga? Macam mana ini?” katanya lagi panjang lebar.
Dalam pada itu, PU Amin sudah pun meminta gambar tersebut diturunkan daripada Instagram pemilik, namun dia tidak pasti sama ada mereka sudah melakukannya atau tidak.
Dia juga tidak menolak andaian jika gambar tersebut digunakan untuk tujuan menaikkan sesuatu jenama produk tanpa pengetahuannya tetapi PU Amin tetap mendoakan semoga mereka yang terlibat mendapat hidayah.
Haih macam-macam. Sebaiknya kita hormatilah bulan Ramadan ini dengan memakai pakaian yang sopan.
Baca: “Nabi pesan nak berhibur jangan sampai berdusta” – Ini Komen PU Amin Tentang Budaya Prank