in

3 Lelaki & Anggota Polis Pangkat Konstabel Ditahan, Disyaki Samun Warga Nepal di Johor

Ft Samunnepal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Empat lelaki termasuk seorang anggota polis berpangkat konstabel ditahan semalam selepas disyaki menyamun warga Nepal di kawasan Gelang Patah dan Mutiara Rini.


Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kesemua suspek ditahan pada 12.10 tengah malam dan berusia 20 hingga 35 tahun. Menurut Berita Harian, anggota polis berusia 23 tahun itu manakala tiga yang lain bekerja sebagai buruh binaan, pemandu bas dan pemandu lori tunda.

Siasatan awal mendapati seorang daripadanya mempunyai tiga rekod jenayah lampau, manakala yang lain tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.”

Lima telefon bimbit pelbagai jenama, dua kunci kereta serta alat kawalan jauh, kad bank, kad kuasa polis, sepasang gari, topi ‘baseball’, pelitup muka warna hitam selain sebuah kereta Toyota Vios dan Honda City turut dirampas.”

Konstabel polis, 3 lelaki disyaki menyamun ditahanIskandar Puteri: Empat lelaki termasuk seorang konstabel polis…

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Thursday, May 6, 2021

Katanya lagi, siasatan lanjut kini masih dijalankan dan polis percaya dengan penangkapan kumpulan tersebut dapat menyelesaikan beberapa lagi kes samun berkumpulan yang berlaku sepanjang bulan ini.

Keempat-empat suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga 9 Mei dan kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan, Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Baca: Anggota & Pegawai Polis Dah Tak Boleh Tahan, Periksa Warga Asing Tiba-Tiba Tanpa Sebab Munasabah

Ft Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.