in

Miliki 2 Syarikat, Kanak-kanak 10 Tahun Ini Boleh Bersara Pada Umur 15 Tahun Bergelar Multi-Millionaire

1Pixie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun hanya berumur 10 tahun, seorang kanak-kanak perempuan di Australia sedang merangka persaraannya sebagai seorang multi-millionaire 5 tahun dari sekarang.


Pixie Curtis, telah melancarkan syarikat permainan jenama sendiri dan kini sedang mengumpul keuntungan yang sangat besar sehingga jutaan dollar Australia.

Screenshot 2022 01 15 At 11.06.57 Am

Dengan bantuan ibunya, Roxy Jacenko, Pixie telah membina sebuah syarikat permainan yang diberi nama Pixie’s Fidgets. Syarikat itu dilancarkan pada tahun lepas dan permainannya itu telah habis dijual dalam tempoh 48 jam pertama.

Menurut laporan Business Insider, Pixie juga mempunyai satu lagi syarikat lain, Pixie’s Bows. Syarikat itu menjual aksesori rambut dan dibina oleh ibunya sewaktu Pixie masih lagi seorang bayi.

Screenshot 2022 01 15 At 11.05.42 Am

Kedua-dua syarikat itu dibawah naungan Pixie’s Pix yang menfokuskan jualan produk berasaskan mainan kanak-kanak dan aksesori.

Kata ibunya, Pixie boleh bersara pada umur 15 tahun jika dia mahukannya. Disebalik kejayaan Pixie diusia yang sangat muda, ibunya juga adalah seorang usahawan yang berjaya. Antara perniagaan milik ibu Pixie adalah Sweaty Betty PR.

Screenshot 2022 01 15 At 11.06.06 Am

Berkata kepada sumber, ibunya telah memberikan jaminan sekiranya Pixie tidak mahu telibat secara langsung dalam syarikat itu dan akan memberikan timbang tara yang terbaik untuknya. Namun, buat masa ini, Pixie sangat seronok dan banyak belajar mengenai perkara baharu.

 

Baca: Lelaki Dari Indonesia Jadi Jutawan NFT Lepas Jual Selfie Diri Sendiri Sejak 2017 Hingga 2021

Screenshot 2022 01 15 At 11.08.03 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.